Sabtu, 7 Mac 2009

PPSMI:Demonstrasi jalanan kita bantah PPSMI...
























Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulilah,setinggi kesyukuran penulis rafa`kan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan masa tenaga dan idea untuk penulis menggerakan jari ini...Disini penulis ingin menyentuh mengenai isu ppsmi iatu pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa orang putih...semalam 7 Mac 2009 penulis turut serta dalam demonstrasi jalanan bantah PPSMI...penulis berasa kagum dengan sensitiviti rakyat Malaysia mengenai isu ini yang mana mempertahankan bahasa IBUNDA kita iaitu "BAHASA MELAYU"daripada dimusnahkan oleh kumpulan yang telah hilang kemelayuan mereka iaitu UMNO....


Demonstrasi kali ini adalah lebih dahsyat daripada perhimpunan BERSIH....lebih 100 ribu orang membanjiri Masjid Negara bagi bersama2 berdemonstrasi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara...Demonstrasi ini diketua oleh pejuang bahasa iaitu Datu A Samad Said dan Datuk Hasan Ahmad....demonstrasi ini juga disertai oleh Presiden PAS,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dan YB Salahudin Ayob dan juga wakil dari GMP.....Mahasiswa dan mahasiswi juga turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menyatakan hasrat tidak setuju PPSMI....
Dalam demonstrasi ini,pihak polis telah menembak lebih 50 das bom pemedih mata dan menyembur air campuran kimia iaitu water cannon...penulis turut terkena bom pemedih mata yang amat memedihkan dan semburan water cannon yang berbahaya...



Demonstrasi ini juga adalah perjuangan orang Melayu demi mempertahankan bahasa melayu itu sendiri..bahkan kaum cina,india dan orang asli turut menyertai demonstrasi ini....
Tidak ketinggalan juga wakil2 rakyat setiap negeri yang datang untuk turut serta berdemonstrasi demi memeperjuangkan BAHASA IBUNDA kita sejak dahulu lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan