Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mac 2009

Hidup tidak selalunya Indah.....






"Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan...."

penulis teringat akan senikata lagu di atas yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan hijjaz.....apa yang akan dikongsi penulis bersama pembaca semua adalah mengenai kehidupan kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan segala nikmat yang
cukup dan sempurna....sebenarnya kita adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...kadang2,hidup kita ini indah...kadang2 hidup kita ini ada masalah....pendek kata,dalam kehidupan ini manusia tidak terlepas daripada dua perkara tersebut...beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat kebaikan dan kurang beruntunglah bagi sesiapa yang tidak mendapat kebaikan....

Tetapi,kita perlu ingat antara sifat Allah ialah suka menguji...manusia ini tidak terlepas dari ujian Allah samada ujian itu dalam keadaan senang ataupun susah....Yang penting,kita perlu sentiasa bersyukur samada dalam keadaan senang ataupun susah...


Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih"


Disini kita dapat lihat bahawa Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....
Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT...

Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA.......dan kita perlu ingat,hidup ini ibarat roda....kadang2 di atas dan kadang kita dibawah.....hanya orang yang tahu menilai serta menghayatai erti kehidupan dengan iman dan taqwa,mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...
Kita perlu sentiasa berdoa agar kita sentiasa berada dalam Redha Allah SWT






Selasa, 10 Februari 2009

BERPEGANGLAH DENGAN AL QURAN



Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepad Nabi Muhammad SAW dalam bentuk perantaraan malaikat Jibril AS..Kalamullah yang diberi nama sebagai Al-Quran ini merupakan panduan utama umat islam
dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah..
Al-Quran memepunyai gaya bahasa yang luar biasa.Gaya bahasanya lebih indah daripada sebuah sajak,syair dan sebarang puisi yang dikatakan indah..hal ini kerana,para penyair arab sendiri memuji bahawa gaya bahasa Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang lebih menarik daripada syair mereka..
Dalam Al-Quran banyak menceritakan kisah2 pada zaman zaman Nabi Adam AS sehingga zaman Nabi Muhammad.Malah,kalamullah ini juga mmengandungi pelbagai ilmu yang belum diterokai oleh manusia.dalam Al-Quran itu sendiri mengandungi undang2 islam,sains,ekonomi,politik dan sebagainya.
Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa umat manusia hari ini tidak mahu berpegang dengan Al-Quran?persoalan ini bukan hanya dituju kepada orang kafir semata mata,tetapi juga untuk umat islam khasnya...cuba kita renungkan,apa yang akan terjadi kepada kita jika Al-Quran itu tidak diturunkan oleh Allah.?sudah pasti kita akan hidup dalam kegelapan...malah kita akan menjadi lebih sesat dan menyesatkan..



">
Pembaca yang dihormati,hari ini pelbagai masalah yang berlaku kepada manusia sejagat amnya.ini merupakan peringatan daripada Allah kepada manusia supaya muhasabah diri dan analisa berapa banyak dosa kita akibat tidak mahu turuti perintah Allah dalam Al-Quran.Pada hari ini wujud pelbagai aliran songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam.hari ini isu Palestin mendapat perhatian dunia..saudara seislam kita disana berjuang demi menegak agama Islam yang tercinta.kanak-kanak yang masih belum tahu apa itu perjuangan,jihad sudah berada dalam kancah peperangan tanpa memikirkan adakah mereka sepatutnya berada disitu?kezaliman dan kekejaman zionis membuatkan umat seluruh dunia membenci pada mereka.Zionis adalah bangsa kafir yanag begitu kejam sekali.
Dimanakah negara Islam yang lain?adakah kita hanya melihat sahaja kekejaman yang berlaku tanpa sebarang tindakan.inilah sebabnya jika umat Islam tidak mahu memahami Al-Quran..Pemikiran umat islam hari ini mudah dipengaruhi dengan pemikiran barat.Sedarlah wahai umat Islam?jangan asyik dibuai mimpi kekayaan dunia yang tidak berkekalan..kelak diri kita akan menerima azab seksaan daripad ALLah..
Wahai sahabat semua,bacalah,hayati, dan bertindak dengan apa yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran.jangan kita menjadi umat yang dipengaruhi oleh pemikiran sekular,iaitu memisahkan segala urusan yang dilakukan tanpa ada kaitan dengan apa yang diinjurkan oleh islam.Sebagai contoh,jika kita seorang pemimpin,jadilah pemimpin yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan sunnah....jika dipinta untuk memilih pemimpin,pilihlah pemimpin yang berilmu,beriman dan bertaqwa dan pemimpin itu bukan dari orang yang cintakan dunia dan harta semata mata..pilihlah pemimpin seperti Nabi Muhammad saw,Saidina umar Al Khtab,umar ibn Abd Aziz dan pemimpin islam yang ulung pada zaman dahulu dan masa kini.
Wahai sahabat perjuangan semua,marilah kita bermuhasabah diri kita supaya kita menjadi khalifah di muka bumi ini dengan penuh ketaqwaan..Jadikan Al_Quarn sebagai sahabat kita,moga2 hati kita menjadi tenang dan beroleh manfaat serta kebahagiaan didunia dan diakhirat...