Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan Yang sama natijahnya berbeza....Ahlan Ya Ramadhan!!

Alhamdulillah marilah kita rafa`kan kesyukuran kita kerana kita telah memasuki Bulan Tarbiyah iaitu Bulan Ramadhan.Apabila tiba Ramadhan kita selalu mendengar lagu yang didendangkan oleh Man Bai iaitu harapan Ramadhan "ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna...." itulah sepotong lirik lagu bila dihayati,maka akan timbul satu keazaman dalam diri kita bagi umat Islam bahawa Ramadhan pada kali ini bakal memberi satu natijah ynag berbeza daripada tahun lepas..

Pengertian puasa.
Puasa adalah satu tuntutan daripada Allah SWT kepada orang-orang beriman seperti mana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183, "wahai orang-orang beriman,dituntut keatas kamu berpuasa sepertimana telah kami perinta
hkan kepada orang-orang terdahulu(nabi-nabi dan para sahabat) supaya kamu bertaqwa.

Puasa pada pengertian zahir adalah menahan diri daripada makan dan minum manakala pada sudut yang benar adalah puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga ,malah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.pendek kata menahan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Fasa Keampunan.

Kita perlu sedar bahawa kita sudah berada dalam bulan yang di berkati iaitu Ramadhan Al Mubarak dan kita juga perlu sedar bahawa fasa pertama dalam bulan Ramadhan iaitu sepuluh hari pertama adalah fasa pengampunan dosa daripada Allah SWT.Ingin dijelaskan lagi bahawa,bukan fasa pengampunan sahaja kita memohon keampunan kepada Allah SWT,malah sepanjang bulan ramadhan ini kita memohon keampunan kepada Allah SWt...InsyaAllah allah SWT itu maha pengampun.......

Perbanyakkan Amalan....
Persoalan yang timbul,apakah kita inginkan Ramadhan kali ini sama seperti bulan biasa?dan apakah kita tidak ada perasaan bersalah dan banyaknya dosa kita pada masa yang lepas?tepuk dada tanya iman....Ramadhan yang dirai,ramadhan yang diberkati...dalam kita meraikan bulan ramadhan ini,maka perlulah kita raikan ramadhan kali ini dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT...tidak adil bagi mereka yang melebihkan sambutan kemerdekaan lebih daripada sambutan ramadhan sehingga mengabaikan ramadhan....Perlu difahami disini bahawa tiada sambutan yang lebih penting melainkan sambutan yang di anjurkan Islam....dan sambutan ini kita raikan dengan memperbanyakkan membaca Al Quran,solat sunat malam,solat sunat tarawih,berzikir dan apa2 perkara yang boleh "top up"pahala kita....

Moga Ramadhan kali ini bakal memberi seribu makna dan kita bakal mendapat natijah yang baik,dan natijah tersebut mampu memperbaiki diri kita pad masa akan datang.....salam Ramadhan.............


Isnin, 10 Ogos 2009

KEM ANAK SOLEH (KASIH 09)

Kem Anak soleh ataupun singkatannya KASIH 09 telah diadakan di Daerah Hulu Langat bertempat Sg Congkak Selangor Darul Ehsan.Program ini diadakan dibawah Anjuran Badan Amal Kami Prihatin(BAKP) dengan kerjasama PAS Parlimen Titiwangsa.Peserta yang mengikuti program ini adalah diantara lingkungan umur 7 tahun hingga 15 Tahun dengan jumlah peserta adalah 135 Orang...program ini adalah bertujuan memberi kefahaman kepada peserta tentang sifat2 Allah,bukti kewujudan Allah serta menyatakan Cinta kepada Rasulullah.Program ini juga bermatlamat untuk melahirkan anak-anak yang soleh serta taat pada perintah Allah dan Rasul.Kem ini juga mendedahkan kepada pelajar tentang cara berfikir serta melatih mereka berdikari serta membolehkan mereka menjadi pemimpin dikalangan pelajar yang berwibawa...Jom tgk gambar-gambar dibawah...........
Peserta khusyuk mendengar ceramah

sahabat ana,(irwan dan adik naufal)

sahabat fasilitator yang sempoi2

ADUN Titiwangsa,Dr Lo`LO` sedang memberi ucapan
































































































..

Rabu, 5 Ogos 2009

JATUH BANGUNNYA UMAT ISLAM DALAM SEJARAH: BUATMU PARA MUJAHIDIN


View Image




Umum mengetahui bahawa dewasa ini rata -rata umat islam sedang mengalami satu keadaan yang amat memilukan dan menyedihkan.Apa yang mereka impikan adalah satu kemerdekaan dan cara hidup islam yang aman dan tenteram tanpa ada sebarang penindasan oleh pihak yang berkuasa besar...kebebasan yang dicapai adalah sekadar kebebasan daripada penjajahan asing,tidak lebih dari itu..sebenarnya,kebebasan ini amatlah sukar,kerana kebebasan yang dimiliki adalah satu keadaan yang masih lagi belum mencapai erti kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar dalam melawan sistem kuffar untuk kita bina kemerdekaan dalam erti kita merdeka daripada sistem kuffar kepada sistem syarak iaitu kehidupan yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah.....yang sedihnya.............
sejarah telah membentangkan kepada kita bahawa suatu ketika dahulu Pakistan yang merupakan salah sebuah negara yang menimpikan sebuah negara Republik dan akhirnya dalam masa yang singkat berpecah mejadi Pakistan Dan Bangladesh....Mesir yang juga diharapkan dapat menegakkan sistem pemerintahan Islam akhirnya layu bak pokok terkena racun jatuh kepada sistem pemerintahan Kuffar oleh seorang diktator jamal Abdul Nasir...Tunisia juga mengimpikan negara Islam dan akhirnya "hampeh"sehinggakan makan dan minum di bulan puasa menjadi kebiasaan...Fakta juga telah menemukan kita bahawa umat islam suatu ketika dahulu pernah menempa zaman gemilang dan terbilang dengan menguasai sebahagian besar dunia.Inilah anugerah yang di kurniakan oleh Allah kepada kita yang tidak dapat kita lupakan sehingga hari ini...seseorang yanag dalam keadaan hina tidak akan mencapai apa2 kemuliaan melainkan beliau berjuang untuk membela diri agama bangsa dan negara daripada dibelenggu oleh penjajahan pemikiran barat....Jika zaman Rasulullah,manusia zaman itu menjadi kuat dengan perubahan kafir kepada islam dan jahiliyyah kepada kebenaran,tetapi kenapa manusia hari ini kembali kepada keadaan asal iaitu berada dalam keadaan jahilliyyah.....?ini yang menjadi persoalan dan mainan minda.........
setiap persoalan akan ada jawapan dan peluru yang boleh merungkainya...
sudah pasti jawapannya adalah mereka merubah diri mereka daripada baik kepada buruk sehinggakan mereka lupa akan nikmat yang dikurniakan oleh Allah lantas Allah menarik balik nikmat yang tidak disyukuri tersebut...kenapa?...ini adalah Sunnatullah daalam sejarah tanpa pandang bulu,tanpa pilih kasih.,.....
Bagaimanapun.............Allah masih sayang akan makhluknya yang bernama haiwan nul natiq atau pun dikenali sebagai manusia..dibangkitkan oleh-Nya pejuang-pejuang Islam yang tegar membela Islam untuk memikul amanah yang besar untuk menyedarkan mereka yang tersasar dari jalan Allah serta memimpin mereka ke jalan yang benar.................tetapi............perjuangan umat Islam masih belum selesai.......,kita perlu terus berjihad dan berjihad tanpa ada kenal erti penat jemu dan setiap pejuang agama Allah itu mesti bersedia dengan ujian-ujian akan menimpa...dan ini merupakan satu kemestian................kerana,tiada ujian dan cabaran,bukan perjuangan namanya....percubaan dan ujian datang dari pelbagai bentuk,mungkin dalam keadaan senang,mungkin dalam keadaan susah...ramai orang terperangkap dalam ujian yang berbentuk kesenangan dan ramai yang lulus ujian dan cubaan berbentuk kesukaran dan kesusahan....hal ini kerana,semut mati kerana termakan gula dan bukan mati kerana termakan cuka.......kepada semua para pejuang,dalam melakukan kerja dakwah,kerja islam,jangalah kita putus harapan dengan Allah kerana Allah jualah yang memberi kemenangan jua kekalahan sekalipun kepada kita...jika kita menang,janganlah kemengangan itu menyebabkan kita leka dan teruskan kemenangan itu dengan itu penambahbaikan dan jika kalah,janganlah kekalahan itu menyebabkan kita "Futur"..para pejuang............hampirlkanlah diri kita dengan Allah taala,bangunlah sembahyang di tengah malam,dan pohonlah pertolongan daripada-Nya....insyaAllah kita akan berjaya dan mendapat pertolongan Allah...............
Firman Allah.....
dan pada sebahagian malam hari,bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibdah tambahan bagimu mudah mudahan kamu Tuhanmu mengangkat kamu ke makam yang terpuji...
dan katakanlah..."Ya tuhanku,masukkanlah aku secara masuk yang benar dankeluarkanlah aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepada aku dari sisi engkau kekuasaan yang menolong.........(surah Al Isra 79-80)...







Selasa, 4 Ogos 2009

"READ,YOU WILL CONQUER THE WORLD!!!!!"

Bumi terus berputar di Atas paksinya...jarum jam terus berpusing ...malam berganti siang....Inilah sunnatullah yang telah diaturkan oleh Allah sejak azali lagi.......ketika mana manusia hari ini sentiasa leka dengan nikmat dunia,tertipu oleh sistem2 barat yang nenipu,terlalai dari keadaan yang sebenar,teringat penulis akan kata2 seorang tokoh politik Indonesia,iaitu Bapak Mohamad Natsir(mantan perdana Menteri Indonesia,yang juga mantan pemimpin Masyumi Indonesia dan manatan Ketua Umum dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia,iaitu beliau pernah mengatakan bahawa READ,YOU WILL CONQUER THE WORLD..........ayat yang di ungkapkan oleh Bapak Natsir bahawa adalah salah satu saranan kepada masyarakat pada hari ini terutamanya umat Islam supaya bersedia dengan Ilmu pengetahuan yang berbentuk ukhrawi mahupun duniawi jika ingin menakluki dunia...jika suatu ketika dahulu ketika mana Nabi SAW menerima wahyu yang pertama di Gua Thur,ayat yang pertama yang di turunka adalah ayat dari Surah Al ~alaq...dalam surah Al Alaq menceritakan bahawa nabi di ajarkan oleh Malaikat Jibril alaihissalam mengenai surah tersebut yang mana Malaikat Jibril a.s menyuruh Nabi SAW membaca....seperti mana yang tertera dalam Surah Al Alaq"bacalah!dengan menyebuta nama Tuhan(Allah )yang menciptakan"....Dalam peristiwa ini,`ibrah atau pengajaran yang dapat kita ambil adalah dalam peristiwa tersebut proses menuntut ilmu sudah berlaku...iaitu antara malaikat Jibril as dengan Nabi Muhammad SAW....
Berbalik kepada saranan bapak Natsir,terbukti kepada kita bahawa dengan membaca manusia terutamanya umat Islam akan dapat menambah Ilmu pengetahuan malah dapat menegtahui ilmu yang benar dan Ilmu yang salah......hakikatnya,hari ini,umat islam lebih cenderung dengan budaya dunia yang menipu sehinggakan kita lihat hari ini pihak barat dengan mudah dan sombong menguasai dunia akibat KelALAIAN umat Islam yang terlalu asyik dengan perkara yang tidak berfaedah....sebagai contoh pada hari ini,ramai umat Islam yang murtad daripada Agama...ramai umat Islam hari ini terpedaya dengan sistem kapitalis yang menindas...umat Islam hari ini lali dengan Hedonisme yang menjauhkan mereka dengan Islam........Apakah umat Islam Hari Inin sedar ataupun tidak.............masyarakat islam di Malaysia juga terpedaya dengan pelbagai fahaman yang menipu......sehinggakan ada yang menganggap dirinya sebagai Rasul dan Nabi....Ini adalah amat bertentangan dengan ajaran Islam...Boleh membawa kepada kekufuran........zaman jahiliah moden kembali.......
Tinjauan sejarah telah membuktikan bahawa dengan suatu fakta bahawa umat Islam pernah berjaya menjadi umat yang Terbilang suatu ketika dahulu dengan menguasai sebahagian besar dunia....Sejarah juga telah membuktikan bahawa islam telah bertapak di Sepanyol.....sejarah juga pernah menbuktikan bahawa kerajaan Rom yang suatu ketika merupakan salah satu kerajaan yang kuat dengan ketenteraannya tewas kepada seorang "think thanker Constinaple"iaitu Sultan Mohamad Al Fateh yang baru berusia 19 tahun sudah berjaya menguasai kota constinaple..............meletakkan Islam sebagai Kerajaan yang amat mementingkan sitem islam dalam pentadbiran.........setelah di kaji antara faktor kemenangan umat islam pada ketika itu adalah kerana mereka mempunyai kecerdikan dan kepandaian dalam pengurusan Strategi untuk menewaskan musuh islam...
Golongan intelektual adalah golongan yang penting dalam menjadi think Thanker arkitek strategi dalam menewaskan musuh.....dakwah akan menjadi lancar apabila golonngam ilmuwan yang berada di barisan hadapan dalam menerajui kepimpinan Islam........dan Islam akan berkembang dan gemilang kembali setelah mana lahir semula golongan2 yang sedar bahawa dengan ilmu Dunia Di tawan islam di hadapan........READ,YOU'LL CONQUER THE WORLD,YOU WILL BE THE LEADER OF UMMAH,YOU WILL BE QUDWAH HASANAH BY REFERS TO THE QURAN AND HADIS,AND ISLAM WILL WIN BEATEN THE KUFFAR...