Rabu, 16 September 2009

MAHASISWA: SELAMAT PULANG KE KAMPUNG.


Salam ramadhan Al Mubarak...setelah sebulan berpuasa,kini tiba hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam samada diMalaysia mahupun dimana jua berada iaitu Hari Raya Aidilfitri..apabila menjelang musim perayaan,di fikiran umat islam adalah beraya di kampung dengan memakai baju baru serta menikmati juadah hari raya...Bagi Mahasiswa dan mahasiswi,mereka adalah golongan intelektual yang akan pulang ke kampung samada di utara tanah air seperti di perlis,kedah,pulau pinang dan perak manakala bagi pantai timur adalah seperti kelantan,Terengganu,Pahang...tidak ketinggalan juga ada yang beraya di raya Melaka,johor,sabah dan sarawak....walau di mana pun beraya,Selamat Pulang ke kampung halaman,selamat hari raya Maaf zahir dan batin....

Isnin, 14 September 2009

Ayuh Pemuda!!!!susun barisan,menuju kemenanagan....


Firman Allah dalam surah As saff:
sesungguhnya Allah suka Mereka yang berjuang dijalan allah dalam satu barisan seperti binaan yang tersusun.

Cabaraan terhadap Umat islam pada hari ini semakin mencabar.Cabaran yang datang bukanlah merupakan satu ancaman,tetapi ia adalah peluang yang kita tidak boleh sia2 kan.....
Setelah kita mengkaji,pemikiran-pemikiran manusia hari ini sememangnya sudah dipengaruhi oleh ideologi-ideologi barat yang merosakkan,malah membinasakan manusia....manusia itu rosak dari pemikiran-pemikiran yang sebenar,mereka tidak lagi tahu bahawa mereka berada dijalan yang salah....mereka tidak lagi mahu berjuang di jalan allah kerana di pengaruhi anasir-anasir menipu yang menakutkan mereka....mereka lebih sayangkan dunia,lebih sayangkan harta,lebih sayangkan pangkat malah mata hati mereka gelap dari mengingati Allah....
Imbas kembali zaman kegemilangan islam ketika pemerintahan Rasulullah SAW,umat pada ketika itu lebih cenderung untk berjuang demi islam...sebagai contoh,Rasulullah telah berjaya melahirkan golongan pemuda yang cukup tegar dan berjiwa besar seperti abu bakar,umar,othman dan Ali.......mereka lahir daripada satu tarbiyah iaitu tarbiyah islamiyah.....hal ini tidak dinafikan lagi dan mereka jugalah antara pemuda-pemuda yang dijanjikan Allah untuk melangkah ke Syurga Allah

Kita menuju pula ke Mesir ketika mana pemerintahan As Syahid Imam Hasan Al Banna yang meneladani pemerintahan Rasulullah SAW demi memeperjuangkan Islam...kita lihat bagaimana hebatnya Imam hasan Al banna ini beliau memepunyai pemikiran yang genius dari segi pengurusan,hebat dalam gerakan dakwah sehinggakan beliau berjaya melahirkan pillar-pillar Islam dari golongan Syabab(pemuda)yang begitu bengis terhadap musuh-musuh islam....

hari ini apa yang islam mahukan adalah lahirnya golongan-golongan muda yang mahukan islam sebagai "the way of life"ataupun dalam bahasa arabnya disebut "Thoriqul hayah"yang syumul ,lengkap dari semua aspek....

Golongan muda juga adalah tenaga utama dalam perjuangan Islam,dan mereka jugalah sebagai "think thanker" yang hebat yang mampu meneglirukan musuh dari segi psikologi.....
dengna ini ayuh syabab,ayuh pemuda,kita susun barisan bersiap siagalah menuju ke medan perang...ayuh kita bangkit....ayuh kita berjuang jika kita tidak mahu islam Di Pijak,jika tidak mahu Islam dihina,bangkitlah....berjuang....KITA MEMIMPIN....menuju kegemilangan......