Ahad, 15 Mac 2009

Hidup tidak selalunya Indah.....






"Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan...."

penulis teringat akan senikata lagu di atas yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan hijjaz.....apa yang akan dikongsi penulis bersama pembaca semua adalah mengenai kehidupan kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan segala nikmat yang
cukup dan sempurna....sebenarnya kita adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...kadang2,hidup kita ini indah...kadang2 hidup kita ini ada masalah....pendek kata,dalam kehidupan ini manusia tidak terlepas daripada dua perkara tersebut...beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat kebaikan dan kurang beruntunglah bagi sesiapa yang tidak mendapat kebaikan....

Tetapi,kita perlu ingat antara sifat Allah ialah suka menguji...manusia ini tidak terlepas dari ujian Allah samada ujian itu dalam keadaan senang ataupun susah....Yang penting,kita perlu sentiasa bersyukur samada dalam keadaan senang ataupun susah...


Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih"


Disini kita dapat lihat bahawa Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....
Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT...

Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA.......dan kita perlu ingat,hidup ini ibarat roda....kadang2 di atas dan kadang kita dibawah.....hanya orang yang tahu menilai serta menghayatai erti kehidupan dengan iman dan taqwa,mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...
Kita perlu sentiasa berdoa agar kita sentiasa berada dalam Redha Allah SWT






Ahad, 8 Mac 2009

Salam Maulidur Rasul....


Marilah kita sama-sama memperingati seorang insan tauladan contoh sepanjang zaman,iaitu junjungn besar kita Nabi Muhammad SAW.Tanggal 12 Rabi`ulawal baginda dilahirkan,seluruh alam bergembira menyambut kelahiran insan Agung....marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda..
Baginda Rasulullah SAW bersabda:
"sesiapa yang berselawat ke atasku sekali,maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali"

Sabtu, 7 Mac 2009

PPSMI:Demonstrasi jalanan kita bantah PPSMI...
























Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulilah,setinggi kesyukuran penulis rafa`kan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan masa tenaga dan idea untuk penulis menggerakan jari ini...Disini penulis ingin menyentuh mengenai isu ppsmi iatu pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa orang putih...semalam 7 Mac 2009 penulis turut serta dalam demonstrasi jalanan bantah PPSMI...penulis berasa kagum dengan sensitiviti rakyat Malaysia mengenai isu ini yang mana mempertahankan bahasa IBUNDA kita iaitu "BAHASA MELAYU"daripada dimusnahkan oleh kumpulan yang telah hilang kemelayuan mereka iaitu UMNO....


Demonstrasi kali ini adalah lebih dahsyat daripada perhimpunan BERSIH....lebih 100 ribu orang membanjiri Masjid Negara bagi bersama2 berdemonstrasi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara...Demonstrasi ini diketua oleh pejuang bahasa iaitu Datu A Samad Said dan Datuk Hasan Ahmad....demonstrasi ini juga disertai oleh Presiden PAS,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa dan YB Salahudin Ayob dan juga wakil dari GMP.....Mahasiswa dan mahasiswi juga turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menyatakan hasrat tidak setuju PPSMI....
Dalam demonstrasi ini,pihak polis telah menembak lebih 50 das bom pemedih mata dan menyembur air campuran kimia iaitu water cannon...penulis turut terkena bom pemedih mata yang amat memedihkan dan semburan water cannon yang berbahaya...



Demonstrasi ini juga adalah perjuangan orang Melayu demi mempertahankan bahasa melayu itu sendiri..bahkan kaum cina,india dan orang asli turut menyertai demonstrasi ini....
Tidak ketinggalan juga wakil2 rakyat setiap negeri yang datang untuk turut serta berdemonstrasi demi memeperjuangkan BAHASA IBUNDA kita sejak dahulu lagi....

Jumaat, 6 Mac 2009

PENGUMUMAN: Result SPM,STPM DAN STAM.

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada sume candidates SPM,STPM dan STAM..........result STPM akan diumumkan pada hari Selasa 10 Mac 2009 selepas pukul 12 tengahari.Kepada sume candidates STPM boleh la mengambil result di sekolah masing-masing.
Result SPM dan STAM pula akan diumumkan pada hari Khamis 12 Mac 2009...sume candidates SPM dan STAM boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing...

Kepada candidates SPM,STPM,STAM Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) ana doakan semoga kita semua mendapat result yang terbaik dan mengharumkan nama KISAS dan yang paling penting adalah kita martabatkan nama ISLAM itu sendiri....
bittaufiq wan najaah............................

Khamis, 5 Mac 2009

PERAK:Ini Bukan Cerita P Ramlee.....(Luahan hati penulis)

Hari demi hari Isu Perak kian menjadi-jadi....dimanakah silapnya...?..penulis merasakan inilah satu keadaan dimana politik negara kita sudah sampai ke tahap kemuncak....iaitu segala rahsia yang menjadi rahsia telah dobongkarkan...pemimpin kerajaan PALSU yang "GILA KUASA" kini tidak ada "MODAL"untuk meraih sokongan rakyat...yang menjadi persoalannya kenapa pemimpin kerajaan PALSU seperti orang yang tidak ada akal...PR yang menang di perak adalah melalui satu KEADILAN dalam pilihanraya...bukan RAMPASAN KUASA....seluruh rakyat malaysia menyaksikan perkara ini.....tidak dapat dinafikan...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu DUN perak yang dijalankan dibawah sebatang pokok yang rendang.,....penulis merasakan berita ini seperti lakonan..nak ketawa pun ada...tapi memang dah ketawa pun....tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia sidang DUN dilakukan dibawah sepohon pokok...Teringat penulis akan sebuah cerita P Ramlee...."LAKSMANA DO RE MI"....sama seperti ynag berlaku du Perak...tapi itu sekadar cerita...kejadian di Perak bukan cerita arahan pengarah filem terkenal di Malaysia seperti Aziz M Osman atau Yusof Haslam...ini adalah benar2..bukan COBAAN....DR Halimah Ali pernah mengatakan bahawa jika banjir di SUK sekalipun,sidang DUN yang dilangsungkan dibawah pokok atau diluar SUK adalah sah dan diterima pakai Pakar Perlembagaan,Prof Aziz Bari pun mengatakan sidang DUN tergempar di perak adalah sah dan tidak salah disisi undang-undang........tetapi sidang DUN telah dihalang oleh konco2 PERAMPAS...untuk dilakukan dalam SUK....

Inilah hakikatnya bila pihak yang benar dinafikan haknya...penulis bukan benci kepada orang yang MERAMPAS kuasa di Perak tetapi kurang suka cara mereka...lebih elok kalau kerajaan yang adil ditentukan oleh Rakyat sendiri....rakyat inginkan pemimpin yang hakiki yang mana ditentukan oleh rakyat sendiri....Penulis cukup kagum dengan pemimipin PR di Perak yang berani berjuang untuk kebenaran...Presiden PAS,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pernah mengatakankan,bahawa amanah itu satu perkara yang berat sehinggakan langit,gunung ganang tidak mahu menerima amanah disebabkan BERAT dan tidak mampu memikulnya....disini terbukti bahawa Datuk SERI Nizar Jamaluddin memang melakukan tugasnya dengan baik.....dan meikul amanah daripada rakyat Negeri Perak....tidak dapat dinafikan.....dan ada pihak yang mahu menafikannya...

Kepada semua pencinta kebenaran,marilah kita sama2 memberi sokongan moral kepada kerajaan PAKATAN RAKYAT Di Perak.,....

Selasa, 3 Mac 2009

DIALOGUE ON SCIENCE AND MATHEMATICS IN ENGLISH (PPSMI)

Datanglah beramai-ramai untuk kita mendengar dan apakah resolusi daripada dialog ini.....!!!!!
sama-sama kita saksikan....
TEMPAT: MAIN AUDITORIUM UIAM...
TARIKH; RABU,4 MAC 2009...
MASA: 8.00 MALAM.............

" JADIKAN ISLAM SEBAGAI AD- DEEN YANG MENYELESAIKAN SEGALA MASALAH........ PEMIMPIN YANG BAIK ADALAH PEMIMPIN YANG MEMBERI KESELESAAN KEPADA RAKYAT............BUKAN PEMIMPIN YANG SELESA HASIL DARIPADA MAKAN DUIT RAKYAT...BIARLAH HIDUP KITA BERADA DIBAWAH KEREDHAAN ALLAH SWT...."



Isnin, 2 Mac 2009

MUKMIN MUJAHID LAHIR DARIPADA SATU TARBIYAH....

"TARBIYAH ISLAMIYAH"bukan sahaja membentuk seseorang itu menjadi mukmin,iaitu beramal dan bertaqwa untuk dirinya sahaja,malah TARBIYAH ISLAMIYAH melahirkan sesorang yang mampu berkhidmat demi Agamanya iaitu Islam dan berjihad dijalan Allah SWT...
Dalam konteks ini kita boleh lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mukmin yang kukuh,tetap,mantap bahkan sentiasa bersedia berkorban,berkhidmat dan berjihad di Jalan Allah SWT..Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah,maka tampillah para Da`i yang yang jujur,berani,dan sabar dalam menyampaikan risalah dakwah melalui lisan dan akhlak yang mulia....Apabila Islam berhajat kepada pengorbanan harta benda,maka muncullah sahabat2 yang mempunyai harta kekayaan seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq,Umar Ibn Khattab,Usman Ibn Affan,dan Abd Rahman Ibn Auf...Mereka menyerahkan harta kekayaan mereka kepada Rasulullah dengan penuh ikhlas,redha dan tanpa ada sifat bakhil dalam diri....Ini kerana mereka yakin bahawa harta kekayaan yang mereka miliki itu adalah milik Allah SWT..setiap harta yang mereka keluarkan untuk kerja Islam itu dikira sebagai jihad.....
Ini menunujukkan setiap tingkah laku dan peribadi para sahabat yang ada pada ketika itu adalah hasil tarbiyah dan didikan di Madarasah Rasulullah SAW...Didikan Rasulullah SAW bukan sahaja melahirkan sorang abid yang begitu tekun ibadahnya kepada ALlah SWT,bukan sahaja ahli falsafah yang begitu hebat ilmu falsafahnya,bukan sahaja ahli sufi yang sentiasa dengan riadah ruhiyyah sahaja tanpa memikirkan serta mengetahui muslihat dan tipudaya daripada pihak musuh yang ingin memusnahkan Islam..
rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri dan meninggalkan jihad...Rasulullah berkata kepada lelaki itu:,
"Jangan kamu lakukan sedemikian...tegak seseorang itu di jalan Allah(JIHAD)lebih baik daripada kamu solat seorang diri dirumah selam 70 tahun..Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga?...Berjihadlah dijalan Allah...sesiapa yang berperang dijalan dijalan Allah diatas belakang unta,maka wajib baginya syurga...(hadis riwayat At Tarmizi)....

Imam Hasan AL Banna pernah menyebut,"Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai ke hari kiamat".

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah niat untuk berjihad,maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah."
Serendah tingkat jihad itu nialah dengan membantah dalam hati dan setinggi peringkat jihad itu adalah perang fisabilillah untuk menyatakan kebenaran.Diantara tingkatan kedua-dua jihad tersebut ada cara jihad yang lain seperti jihad dengan pena,jihad dengan lidah,jihad dengan tangan,berjihad dengan berani mengatakan kebenaran dihadapan Raja yang zalim,Semua tingkat jihad tersebut akan lahir daripada proses tarbiyah imaniyah yang sempurna...

Proses tarbiyah imaniyah harus dijalankan,dan tidak boleh diabaikan atau dihentikan serta ditamatkan kerana kesannya amat mendalam dan sillibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Syeikh Mustafa Masyur pernah mengatakan bahawa,proses tarbiyah dan pembersihan jiwa adalah makanan dan siraman bagi pokok yang ditanam dan disemai.Jika ia tidak dibaja dan disemai sentiasa,ia akan kering dan layu.Ia akan hidup subur jika dibajai dan disemai dengan baik...begitu juga manusia,manusia yang tidak menerima tarbiyah adalah manusia yang mati imannya,tetapi,manusia yang menerima tarbiyah dan mengamalkannya,adalah manusia yang hidup imannya...Sesungguhnya hati manusia itu perlu digilap selalu,jika tidak digilap,ia akan berkarat..
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya berkaratnya hati manusia itu adalah seperti karatnya besi.sahabat-saahabat bertanya.."Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?..Rasulullah menerangkan bahawa"membaca Al Quran dan mengingati mati(HR AL Baihaqi).
Iman yang berda dalam jiwa kita sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan disebabkan oleh virus2 duniawi dan lain2...Oleh itu kita hendaklah memperbanyakkan pertolongan kepada Allah SWT supaya diperbaharui Iman kita..

FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH ISLAMIYAH

Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya menjelaskan tentang beberapa faktor kejayaan Tarbiyah Islamiyah...

1. Keyakinan yang jitu bahawa tabiyah adalah satu-satunya wasilah yang akan merubah masyarakat,melahirakan rijal dakwah dan seterusnya mencapai kejayaan.Menerusi Tarbiyah,Rasulullah berjaya mendidik generasi Rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi...
Jalan tarbiyah adalah jalan yang jauh,jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap..hanya sedikit sahaja yang mampu mengharungi jalan ini.tetapi ia merupakan jalan untuk sampai kepada kejayaan...
2. hanya Tarbiyah Islamiyah mempunyai manhaj,matlamat dan lengkap dari segala aspek dan jelas dari segi sumber,proses dan perancangannya.
3. Tarbiyah islamiyah mampu mewujudkan masyarakat yang harmoni.dengan ini membantu setiap anggota masyarakat hidup secara Islam..Masyarakat diajar cara memberi tunjuk ajar,memberi pertolongan dan sebagainya...setiap anggota akan merasa lemah apabila bersendirian dan akan merasa kuat apabila berjemaah...
4. Ada juga pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah Allah kurniakan kepadanya.Pengetahuan dan pengalamannya menyebabkan tarbiyahnya lahir dari hati yang ikhlas dan bersih suci semata-mata kerana Allah...Perkatan yang lahir dari hati akan masuk kedalam hati-hati tanpa sekatan..perktaan yang keluar daripada lidah sahaja tidak mampu melewati telinga pun...
5. Mempunyai pendidik yang ikhlas,beramanah,mengikuti jalan pimpinan Agong iaitu Nabi Muhammad SAW...Pendidik(Murobbi)disini bukanlah pendidik yang keluar daripada pusat pengajian tinggi denga pelbagai ijazah,master dan pHd,pendidik disini bermaksud mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi,kerohanian yang kuat,jiwa yang bersih,kemahuan yang kental,simpati yang luas,kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain...Dia mungkin seorang jurutera,atau petani atau buruh yang tidak ada prinsip-prinsip tentang sistem pendidikan...
6. Menggunakan pelbagai wasilah dalam membangunkan ummah sejagat kearah UMMATAN WASATAN dalam menjadikan negara BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR seperti halaqah ilmiah,usrah-usrah,ceramah agama dan sebagainya...

KESIMPULAN...
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif untuk merungkai masalah umat manusia haruslah diambil daripada keyakinan yang berteraskan kaimanan,bukan disebabkan oleh kegagalan sistem lain...Islam hanya mampu menyelesaikan masalah manusia apabila ia di ambil secara syumul dalam bentuk konkrit.Oleh itu,setiap pekerja (amilin)islam haruslah dibentuk dan dikeluarkan daripada produk Al Quran dan As Sunnah.Islam tidak dapat ditegakkan tanpa rijal(pahlawan).Rijal tidak dapat dibentuk tanpa proses tarbiyah..dan tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penghayatan dan penglibatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu...
Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik ISLAM.....

Dimanakan ku Cari Ganti......


"kring!!!!!...kring!!!!!!!...kring!!!!!!!....."telefon bimbitku berbunyi.....aku pantas berlari ke arah telefonku dan menjawab panggilan itu.....ku lihat di skrin telefon itu nombornya tidak diketahui....aku bingung seketika......aku bermonolog sendirian......"siapkah ini?....aku bertanya pada minda.....mindaku tidak dapat menafsirnya...."assalamualaikum....boleh bercakap dengan ikram"....ye ikram disini......siapa 2?........aku bertanya kebingungan....".ini mak kepada Izwan.....ohh mak Izwan"...(Izwam merupakan sahabat baik aku semasa aku ditingkatan satu..)..".ye mak cik,kenape?ada yang boleh saya bantu?...kudengar suara mak Izwan begitu sayu seperti berada dalam kesedihan...".kenape mak cik"?...pantasku bertanya......Izwan telah meninggal dunia pagi tadi...."aku terkejut dan tergamam....rakan sekelasku sudah pergi meninggalkanku....aku seperti tidak percaya....."betul ke mak cik?.......belum sempat menjawab pertanyaanku talian telefon terus terputus....(.april 2002)

Disini penulis ingin berkongsi kesedihan yang mana sahabat baik penulis ketika mana berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau telah pergi terlebih dahulu....pada masa itu,aku berada dalam kelas 1 Abu Bakar..kami sama2 belajar dan menunutut ilmu....kami selalu bergurauan dan gelak ketawa....walaupun baru 4 bulan mengenali arwah,arwah adalah sahabat pertama yang aku jumpa semasa masuk ke SMK Agama Arau.....kami selalu pulang sekolah bersama sebab dia baru sahaja berpindah berhampiran dengan rumahku....dia meninggal disebabkan oleh demam kepialu....sebelum dia meninggal,dia tidak hadir ke sekolah hampir sebulan kerana dimasukkan ke wad....Pada masa itu aku rasa amat bersalah kerana langsung tidak pergi melawat arwah ketika mana dia sakit....pada masa itu aku salahkan diriku...aku berkata kepada diriku,aku ni kawan yang x guna.......

Walau apapun,aku sedar,ajal itu di tangan Allah SWT...Jika Allah mengatakan "kun fayakun"maka jadilah....kita tidak dapat melawan takdir Allah SWT...

kepada mana2 sahabat SMK Agama Arau batch 06,aku harap kalian dapat ingat kembali sahabat kita ini....sama2lah kita doakan beliau agar ia tenang dan gembira berada di barzakh....

Kesimpulannya,penulis harap kepada semua yang mempunyai sahabat baik,jadilah sahabat yang baik iaitu,ketika mana kita lalai,ia tegur dan ketika mana dia lalai kita tegur....bersamalah kita eratkan hubungan dengan sahabat kita dalam Aqidah yang satu....(Al Fatihah kita sedekah kepada sahabat penulis arwah saudara Izwan)