Isnin, 2 Mac 2009

MUKMIN MUJAHID LAHIR DARIPADA SATU TARBIYAH....

"TARBIYAH ISLAMIYAH"bukan sahaja membentuk seseorang itu menjadi mukmin,iaitu beramal dan bertaqwa untuk dirinya sahaja,malah TARBIYAH ISLAMIYAH melahirkan sesorang yang mampu berkhidmat demi Agamanya iaitu Islam dan berjihad dijalan Allah SWT...
Dalam konteks ini kita boleh lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mukmin yang kukuh,tetap,mantap bahkan sentiasa bersedia berkorban,berkhidmat dan berjihad di Jalan Allah SWT..Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah,maka tampillah para Da`i yang yang jujur,berani,dan sabar dalam menyampaikan risalah dakwah melalui lisan dan akhlak yang mulia....Apabila Islam berhajat kepada pengorbanan harta benda,maka muncullah sahabat2 yang mempunyai harta kekayaan seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq,Umar Ibn Khattab,Usman Ibn Affan,dan Abd Rahman Ibn Auf...Mereka menyerahkan harta kekayaan mereka kepada Rasulullah dengan penuh ikhlas,redha dan tanpa ada sifat bakhil dalam diri....Ini kerana mereka yakin bahawa harta kekayaan yang mereka miliki itu adalah milik Allah SWT..setiap harta yang mereka keluarkan untuk kerja Islam itu dikira sebagai jihad.....
Ini menunujukkan setiap tingkah laku dan peribadi para sahabat yang ada pada ketika itu adalah hasil tarbiyah dan didikan di Madarasah Rasulullah SAW...Didikan Rasulullah SAW bukan sahaja melahirkan sorang abid yang begitu tekun ibadahnya kepada ALlah SWT,bukan sahaja ahli falsafah yang begitu hebat ilmu falsafahnya,bukan sahaja ahli sufi yang sentiasa dengan riadah ruhiyyah sahaja tanpa memikirkan serta mengetahui muslihat dan tipudaya daripada pihak musuh yang ingin memusnahkan Islam..
rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri dan meninggalkan jihad...Rasulullah berkata kepada lelaki itu:,
"Jangan kamu lakukan sedemikian...tegak seseorang itu di jalan Allah(JIHAD)lebih baik daripada kamu solat seorang diri dirumah selam 70 tahun..Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga?...Berjihadlah dijalan Allah...sesiapa yang berperang dijalan dijalan Allah diatas belakang unta,maka wajib baginya syurga...(hadis riwayat At Tarmizi)....

Imam Hasan AL Banna pernah menyebut,"Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai ke hari kiamat".

Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah niat untuk berjihad,maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah."
Serendah tingkat jihad itu nialah dengan membantah dalam hati dan setinggi peringkat jihad itu adalah perang fisabilillah untuk menyatakan kebenaran.Diantara tingkatan kedua-dua jihad tersebut ada cara jihad yang lain seperti jihad dengan pena,jihad dengan lidah,jihad dengan tangan,berjihad dengan berani mengatakan kebenaran dihadapan Raja yang zalim,Semua tingkat jihad tersebut akan lahir daripada proses tarbiyah imaniyah yang sempurna...

Proses tarbiyah imaniyah harus dijalankan,dan tidak boleh diabaikan atau dihentikan serta ditamatkan kerana kesannya amat mendalam dan sillibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Syeikh Mustafa Masyur pernah mengatakan bahawa,proses tarbiyah dan pembersihan jiwa adalah makanan dan siraman bagi pokok yang ditanam dan disemai.Jika ia tidak dibaja dan disemai sentiasa,ia akan kering dan layu.Ia akan hidup subur jika dibajai dan disemai dengan baik...begitu juga manusia,manusia yang tidak menerima tarbiyah adalah manusia yang mati imannya,tetapi,manusia yang menerima tarbiyah dan mengamalkannya,adalah manusia yang hidup imannya...Sesungguhnya hati manusia itu perlu digilap selalu,jika tidak digilap,ia akan berkarat..
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya berkaratnya hati manusia itu adalah seperti karatnya besi.sahabat-saahabat bertanya.."Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?..Rasulullah menerangkan bahawa"membaca Al Quran dan mengingati mati(HR AL Baihaqi).
Iman yang berda dalam jiwa kita sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan disebabkan oleh virus2 duniawi dan lain2...Oleh itu kita hendaklah memperbanyakkan pertolongan kepada Allah SWT supaya diperbaharui Iman kita..

FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH ISLAMIYAH

Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya menjelaskan tentang beberapa faktor kejayaan Tarbiyah Islamiyah...

1. Keyakinan yang jitu bahawa tabiyah adalah satu-satunya wasilah yang akan merubah masyarakat,melahirakan rijal dakwah dan seterusnya mencapai kejayaan.Menerusi Tarbiyah,Rasulullah berjaya mendidik generasi Rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi...
Jalan tarbiyah adalah jalan yang jauh,jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap..hanya sedikit sahaja yang mampu mengharungi jalan ini.tetapi ia merupakan jalan untuk sampai kepada kejayaan...
2. hanya Tarbiyah Islamiyah mempunyai manhaj,matlamat dan lengkap dari segala aspek dan jelas dari segi sumber,proses dan perancangannya.
3. Tarbiyah islamiyah mampu mewujudkan masyarakat yang harmoni.dengan ini membantu setiap anggota masyarakat hidup secara Islam..Masyarakat diajar cara memberi tunjuk ajar,memberi pertolongan dan sebagainya...setiap anggota akan merasa lemah apabila bersendirian dan akan merasa kuat apabila berjemaah...
4. Ada juga pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah Allah kurniakan kepadanya.Pengetahuan dan pengalamannya menyebabkan tarbiyahnya lahir dari hati yang ikhlas dan bersih suci semata-mata kerana Allah...Perkatan yang lahir dari hati akan masuk kedalam hati-hati tanpa sekatan..perktaan yang keluar daripada lidah sahaja tidak mampu melewati telinga pun...
5. Mempunyai pendidik yang ikhlas,beramanah,mengikuti jalan pimpinan Agong iaitu Nabi Muhammad SAW...Pendidik(Murobbi)disini bukanlah pendidik yang keluar daripada pusat pengajian tinggi denga pelbagai ijazah,master dan pHd,pendidik disini bermaksud mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi,kerohanian yang kuat,jiwa yang bersih,kemahuan yang kental,simpati yang luas,kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain...Dia mungkin seorang jurutera,atau petani atau buruh yang tidak ada prinsip-prinsip tentang sistem pendidikan...
6. Menggunakan pelbagai wasilah dalam membangunkan ummah sejagat kearah UMMATAN WASATAN dalam menjadikan negara BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR seperti halaqah ilmiah,usrah-usrah,ceramah agama dan sebagainya...

KESIMPULAN...
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif untuk merungkai masalah umat manusia haruslah diambil daripada keyakinan yang berteraskan kaimanan,bukan disebabkan oleh kegagalan sistem lain...Islam hanya mampu menyelesaikan masalah manusia apabila ia di ambil secara syumul dalam bentuk konkrit.Oleh itu,setiap pekerja (amilin)islam haruslah dibentuk dan dikeluarkan daripada produk Al Quran dan As Sunnah.Islam tidak dapat ditegakkan tanpa rijal(pahlawan).Rijal tidak dapat dibentuk tanpa proses tarbiyah..dan tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penghayatan dan penglibatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu...
Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik ISLAM.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan