Khamis, 26 Februari 2009

"KHAIRU UMMAH KE KITA??.......

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia,kamu menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah SWT"

(Surah Ali Imran:110)

Alahamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT,kerana dalam keadaan yang serba ok ni,Allah bagi kekuatan kepada diri penulis untuk meluangkan sedikit masa menyampaikan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama para pengembara blog ini...

Penulis ada terbaca satu ruangan artikel yang menerangkan tentang maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110.Dalam ayat tersebut Allah menerangkankan kepada kita bahawa kita ini adalah umat yang terbaik,iaitu menjalankan Amar Makruf Nahi Munkar dan kita beriman dengan Allah SWT...

Apa yang menjadi persoalan dalam diri penulis dalam post ini ialah,Adakah kita ini merupakan umat yang terbaik sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran...???
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata dalam satu Khutbahnya pada musim haji: "sesiapa yang suka digolongkan dalam dalam golonngan umat yang terbaik ini,maka tunaikanlah syarat Allah yang disebut dalam ayat diatas..
Apa syarat Allah SWT dalam ayat tersebut,,"

1. Melakukan Amar Makruf dan mencegah kemungkaran

2. Beriman dengan Allah SWT..

Dalam tafsir Qurtubi,iaitu Imam AL Qurtubi menjelaskan:,perkataan "KHAIRU UMMAH" adalah sebagai penghargaan kepada umat islam sebagai tugas yang dilaksanakan iaitu mengajak kepada perkara kebaikan dan cegah kejahatan dan pada masa yang sama perlu beriman dengan Allah SWTSekiranya mereka meninggalkan syarat yang disyaratkan oleh Allah,dan mereka juga menjadi seperti orang yang yang tidak ketahuan dalam soal agama,dengan itu mereka dikeji dan dimurkai oleh Allah SWT".
Kita lihat sahaja hari ini,dibandar,kampung sama sahaja...remaja hari ini LINTANG PUKANG dibuatnya..ibu bapa pun lebih kurang sahaja...mat2 rempit teralu asyik dengan motonya...Apa sudah jadi sebenarnya ni.....???...DUNIA HAMPIR KIAMAT????
Memang dunia hampir kiamat...inilah budaya orang putih yang dibawa masuk dalam budaya kita hari ini..sampai belajar sains dan matematik pun nak dalam bahasa orang putih jugak.....

Yang banyak menjadi masalah sekarang ni adalah remaja iaitu golongan muda...macam2 puak yang ada yang boleh kita lihat hari ini dengan punk,skinhead,pengkid,dan sebagainya...patutkah Allah menghargai kita sebagai umat yang terbaik,jikalau ini yang berlaku dan terus berlaku...Jom la pakat2 kita muhasabah balik,apa peranan kita,dan apa yang perlu kita buat dalam memulihkan kembali keadaan ini...JIka kita Ummah yang terbaik sepertimana yang disebut dalam Al-Quran,buktikan.....marilah kita suburkankan kembali kehidupan kita dengan islam yang syumul,Martabatkan kembali apa yang DI ajarkan dalam Al Quran dan Sunnah moga2 kita benar2 menjadi KHAIRU UMMAH.....

Rabu, 25 Februari 2009

Awaluddin Ma`rifatullah




Allahukbar!..Allahukbar!...walillahilhamd....Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini,Dia(Allah)yang menciptakan segala apa yang ada di alam ini dengan hebat dan sempurna.....Didalam post ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai apa yang disebut dalam bahasa Melayu ialah permulaan agama adalah mengenal Allah SWT...dan didalam bahasa Arab atau bahasa Al Quran adalah disebut sebagai Awaluddin Ma`rifatullah..Penulis ada membaca sebuah buku yang berjudul Sifat 20 puluh yang dikarang oleh Ustaz Salehuddin Al Jawiy iaitu mengenai Ilmu Tauhid ataupun dikenali sebagai Ilmu Usuluddin..
Didalam ajaran Islam,secara umumnya ilmu-ilmu yang penting itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

1.usuluddin iaitu membicarakan mengenai persoalan aqidah

2.Feqah iaitu ilmu yang membicarakan tentang persoalan hukum syarak

3.Tasawuf iaitu membicarakan tentang persoalan akhlak islamiyah.

disinikan penulis ingin menegaskan bahawa tiga serangkai ilmu tersebut tidak boleh dipisahkan.Jika dipisahkan salah satu daripada tiga serangkai ilmu tersebut,maka rosaklah yang lain..orang selalu mengatakan irama dan lagu tidak dapat dipisahkan,jika dipisahkan sumbang lagu itu..begitu juga dengan 3 serangkai ilmu tadi,jika dipisahkan turut juga menjadi sumbang..Apabila sumbang,maka rosaklah keislaman kita sebagai muslim samada Fasiq ataupun jatuh kekufuran tanpa disedari.....Wana`uzubillah...
Analogi daripada ketiga-tiga ilmu tersebut adalah diibaratkan seperti bangunan..usuluddin itu adalah foundationnya,bangunan rumah dan peralatan rumah itulah syariat dan akhlak..justeru itu,bangunan rumah dan peralatan rumah tidak dapat ditegakkan jika foundationnya tidak ada...dalam erti kata lain,usuluddin itu tapak asas sebagai seorang muslim,syariat dan tasawuf itu adalah furu`atau cabang yang mencantikkan islam seseorang..Syariat dan akhlak tiada nilai kalau aqidah seseorang rosak..

Rasulullah pernah bersabda:
Awaluddin ma`rifatrullah..
maksudnya:permulaan agama(Islam) itu adalah mengenal Allah.

Oleh itu,ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya kerana ia merupakan ilmu untuk kita memperteguhkan keyakinan dan kemantapan aqidah di hati tanpa dicelahi unsur syak,waham,zhan,dan jahil.

sebagai contoh:Rasulullah merupakan orang yang mempunyai kekuatan aqidah yang hebat,oleh itu kita dapat lihat disini,syariat dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah itu juga cantik dan sempurna.

Segala ibadah dan amalan kita merupakan hadiah atau persembahan yang akan kita berikan kepada Allah SWT..dalam konteks awaluddin ma`rifatullah,jika amal jika kita melakukan ibadah kita tanpa kita kenal Allah SWT,maka hadiah yang akan kita berikan itu tidak akan sampai kepadaNya.Ibarat kita ingin memberi surat kepada seorang raja,tetapi kita tidak yang mana satu raja itu,maka surat itu tidak akan sampai kepada raja tersebut.mungkin kita akan berikan kepada pembesar istana yang kita anggapkan sebagai raja

Begitulah juga ibadah kita seperti solat,puasa,zakat,jihad dan sebagainya akan sampai kepada Allah jika kita benar2 mengenali Allah dengan sungguh2.

Mengenali Allah ini amat penting kerana jika tidak mengenali Allah,bimbang dan takut segala amal kita tidak sampai kepada Allah...Malah segala ibadah kita hanya ditipu oleh Syaitan yang akan sentiasa menyesatkan kita.

Alhasilnya,apabila semua orang mengenali Allah dengan sebenarnya,Aqidah umat islam teguh,maka akan lahir sebuah negara yang aman makmur yang menjalankan hukum Allah di atas muka bumi ini,masyarakat islam yang berakhlak mulia, maka negara itu akan mendapat keamapunan Allah kerana membina sebuah daulah islam yang menjalankan segala aspek adalah berkaitan dengan islam samada dari segi perundangannya,politiknya,ekonomi dan budaya islam.Justeru lahirlah negara yang disebut sebagai,BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR....iNSYAALLAH.....




.

Isnin, 23 Februari 2009

DIALOG INTELEKTUAL.....

Kepada semua penegembara BLOG ini,disini terdapat satu iklan!!!
Pada 24 FEBRUARI 2009, akan berlangsungnya satu sessi DIALOG INTELEKTUAL seperti yang tertera dalam banner di atas...Anda semua dijemput hadir bagi mendengar sessi dialog tersebut di Main AUditorium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM).
Masa:8.00pm-11.00pm..
Anda semua dijemput hadir...Mai pakat mai ramai.....!!!!

Sang MURABBI......

"serulah (manusia)ke jalan TuhanMu dengan hikmah dan dengan nasihat yang baik.dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya TuahanMu lebih mengetahui siapa yang tersesat dari JalanNya dan TuhanMu juga mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

(surah An-Nahl:125)




Alhamdulillah bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana Dialah Tuhan yang telah memberi kekuatan kepada penulis untuk mencewritakan sedikit perkongsian yang boleh di ambil sebagai tatapan dan pencetus semangat kepada Du`at yang menyeru manusia sekeliling kepada perkara yang Ma`ruf dan mencegah manusia sekeliling daripad perkara Mungkar(kejahatan).
Disini penulis ingin berkongsi satu pengalaman yang telah dilalui..
Pada hari Ahad 22 Februari 2009,penulis bekerja dari pagi sampai malam.start pukul 10.30 pagi sampai pukul 11.00 malam..letih, lapar sume ade..

Pada siang hari,penulis bekerja seperti biasa.bekerja sorng2 sebab partner worker penulis 2 dia balik kampung...kampung dia kat Pahang.Tapi apa pun nevermind...

bak kate oghang Peghok,khoje penye khoje,dah xsedar,tbe2 dah malam dah..(time solat rehat laa)....Lepas jer khoje,dalam pkul 11.lebih,penulis balik ke uia..kebetulan malam 2,ada malam ZIKRUL MAUT kat uia..ada kumpulan FAR EAST buat persembahan..pada malam 2 jugak,ada sorang brader ni...dia jugak buat persembahan...dia baca sajak..(nama secret)...tapi dia memang power baca sajak...kalau betul2 hayati,huh,boley nangis... tapi itu bukan persoalannya...

Selesai saje penulis solat isyak n mandi,penulios terus pergi ke Main Auditorium(tempat berlangsungnya malam Zikrul Maut).Time penulis sampai kat Main Audi,event 2 dah habis..time 2,ramai laa kat depan Main Audi 2 yang nak bergambar dengan kumpilan FAR EAST dan pembaca sajak terkemuka uia..trapi penulis sempat la bersalaman dengan kumpulan Far East.Tapi xsempat tengok diorang buat persembahan.ape pun nevermind..

Selepas 2,penulis ikut brader yang baca sajak 2 balik ke Mahalah Bilal kat uia bersama dengan sorang brader yang rapat dengan kumpulan in-team..Nama dia Husaini hussein...(nak tengok gambar dia sila pergi ke blog mai singgah sat.blogspot.com.)

Pada malam 2,dalam pkul 12 lebih.,penulis memang lapar kaw2..penulis pergi laa kat cafe Mahalah Bilal..'"Pak CIk,makanan bergoreng ade lagi"pakcik 2 kate,"dah habis",kecewa 2 pun ade gak..tengok sekeliling,sume kiosk dah tutup,juz yang tinggal stil belum tutup,kiosk Chicken Chop..penulis bermonolog sendirian,"chicken chop pun chicken chop laaa"Penulis pun beli bungkus..pada masa 2,kat Mahalh Bilal ramai orang dok tengok epl,Liverpool lawan Manchester City..(1-1)..penulis pun join tengok gak..dalam pukul 1 lbh baru balik ke Mahalah BIlal nak makan chicken chop..tengok2 ABg MAt pet n Abg Husaini xde kat bilik..penulis ingat nak makan sekali dengan depa...penulis makan sorng laaaa..tapi xhabis pun,penulis simpan sedikit makanan chicken chop kat abg mat pet..Pas2 dah kenyang..Abg Husaini plak ajak makn roti n minum kopi RADIX...

Haaaaaa Part ni yang menjadi persoalan dalam post ini..Apa yang penulis buat selepas itu..?Abg HUsaini ajak tengok citer SANG MURABBI..Pernah tengok?xpernah,meh penulis nak citer serba sedikit mengenai citer 2...Crite sukar difahami sebab dia menggunakn bahasa indon yang luar biasa..Ape pun penulis cuba hayati kisah tersebut....

kisah tersebut menceritakan mengenai kisah hidup seorang PENDAKWAH yang hebat dan sentiasa komit dalam menyebarkan DAKWAh....Iaitu UST RAHMAT ABDULLAH...pernah dengar nama 2?beliau merupakan pejuang ISLAm di Indonesia...dan dikenali dengan SYAIKHUT TARBIYAH...(1953-2005)....
dalam kisah ini menceritakan pelbagai rintangan yang dihadapi dalam melakukan DAKWAH...pengaruhnya begitu kuat kerana beliau begitu rapat dengan masyarakat dalam menjalankan dakwah...dugaannya begitu kuat kerana di indonesia,apabila ada orang yang mengajar dan belajar Agama,mereka akan ditangkap kerana dikatakan menjalankan pengajian ajaran sesat..Ini sesuatu yang tidak sedap didengari oleh kita sebagai umat ISLAM...dalam cerita tersebut,banyak perkara yang boleh (sebagai seorang Da`ie)belajar bagaimana hendak menggerakkan islam supaya menjadi satu Kesatuan UMat yang begitu kuat...Dalam kisah tersebut ada mamaparkan usrah yang dijalankan oleh UST RAHMAT ABDULLAH walau dalam keadaan senang dan sukar sekalipun...PEnulis INGin mengambil beberapa pengajaran yang boleh dijadikan teladan buat kita sebagai DA`IE...

1. Belajar Ilmu Agama mesti sungguh2...Tidak guna kita sebagai umat ISLAM meminggirkan ilmu agama kerana lebih mementingkan ilmu dunia..kerana dalam setiap perkara yang kita lakukan harus diniat kerana ALLAh..Baru perkara itu menjadi IBAdah dan mendapat pahala.

2. Jangan Cuba meminggirkan golongan Ulama`.ulamak merupakan orang yang `alim dalam ilmu agama samada dari segi undang-undang islam,budaya islam ,ekonomi islam dan sebagainya...Golongan ulamak tidak pernah mengasingkan antara ilmu dunia dan ilmu islam...dunia dan islam itu mesti digabungkan kerana tidak lari daripada ajaran islam...

3. Hormati kedua ibu bapa kita..Sebagai seorang da`ie,kita patut hormati kedua ibu bapa kita selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran islam..

4. Sabar dalam setiap ujian yang datang dan jangan cepat berpuas hati dengan apa yang kita lakukan kerana ujian ALLAH itu boleh datang dalm pelbagai bentuk samada susah ataupun senang....

Kesan daripada dakwah Ustaz Rahmat Abdullah itu,kini di Indonesia terdapat usrah khusus untuk orang-orang yang kurang baik seperti pencuri,penagih dadah dan sebagainya untuk meulihkan mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar..
"Ladang dakwah terhampar luas...kewajipan kita untuk menyiram tanah-tanah tandus...menyemai benih-benih unggul...agar tumbuh pohon-pohon kejayaan islam..dakwah akan terus mengalir menuju Redha ALlah...Dimana kita berada,disitu dakwah kita disebarkan.dimana kita berada,disitu ISLAm dilaksanakan...

Jadilah da`ie yang benar2 ikhlas hati kerana ALLAH dan sentiasa tabah dalam menghadapi ujian serta tidak mudah putus asa dalam menyampaikan dakwah...segala kekurangan dalam post ini harap ampun.....

Khamis, 19 Februari 2009

ISU PERAK:..."Sembah Derhaka"....Jangan Disalah Tafsirkan...



Isu politik yang melanda negara kita hari ini semakin menjadi rumit dan sukar.....TETAPI........mudah bagi mereka yang betul2 memahami apa itu politik demokrasi dan mereka yang sentiasa berada dijalan yang benar.... Tidak dinafikan kita sudah dapat lihat hari ini kebenaran memihak kepada siapa.....tetapi.,...tetapi KEBENARAN YANG SEBENAR YANG SENTIASA MEMIHAK KEPADA PIHAK YANG BENAR........SERING dInAFIKAN OLEHPIHAK YANG TIDAK BOLEH MENERIMA HAKIKAT KEBENARAN ITU......APAKAH mereka ini seperti Zionis?zionis yang tidak pernah putus asa dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang "SEKULAR"dan lari daripada ajaran Islam..........?...Pakat2 Pikiaqq laaaa....
"malah,
ada diantara kroni2 UMNO yang terajang pintu istana akibat tidak puas hati"Dr Haron Din.

Mengenai Isu "SEMBAH DERHAKA"kita sepatutnya jangan salah tafsirkan istilah tersebut....kita perlu tahu hakikat keadaan tersebut....

Timabalan Mursyidul Am PAS,Ustaz Dr Haron Din menarangkan maksud sebenar SEMBAH DERHAKA yang kebanyakan kita tidak nampak jelas maksudnya dan istilah tersebut sentiasa Dimaipulasikan oleh Media massa yang pro- UMNO...Dr Haron Din juga merupakan seorang ulama yang rapat dengan institusi Raja di Negara ini....Kata beliau,"SEMBAH DERHAKA ialah apa yang diminta oleh Raja atau Sultan,dan permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh seorang hamba rakyat dan hamba rakyat tersebut melafazkan dengan lafaz 'patik sembah derhaka'..bukan derhaka yang bermaksud menentang atau melawan Sultan dan Raja...."-Dr Haron Din-
SEBENARNYA..... penderhakaan terhadap Raja dan Sultan berlaku dikalangan pemimpin kerajaan masa dulu dan sekarang....Ini jelas kepada kita....

Bila Raja suruh Briefing tentang sesuatu dan keadaan rakyat,langsung tak buat...bila disuruh hentikan projek,mereka terus buat...bila disuruh bantu ekonomi Melayu,mereka bantu ekonomi untuk kenyangkan poket dan kroni mereka....malah ada dikalangan kroni2 UMNO yang terajang pintu istana akibat tidak puas hati...ini jauh lebih derhaka....



Dr Haron Din juga mengatakan sebenarnya isu Perak,iaitu perselisihan tafsiran undang2 yang berlaku diantara Menteri Besar Perak yang hakiki,iaitu,dato Seri NIzar jamaluddin dan Sultan Perak Raja Azlan Shah merupakan perkara biasa yang sering berlaku,bukan sahaja di Malaysia,malah dimana2 negara Di dunia ini...

dalam menangani isu ini.biarlah Rakyat yang tentukan.kerana ini lebih ADIL dan sebagai pemimpin,sebenarnya perlu berlapang dada dan mamikul amanah yang yang diberikan serta mendapat kepercayaan daripada rakyat.... Bukan merampas kuasa dan bukan pula melalui cara paksaan atau melalui rasuah....
"Jika ada diantara Rakyatku yang susah,biarlah aku orang yang pertama mendapat kesusahan tersebut...Jika rakyatku mempunyai harta yang banyak,biarlah aku orang yang terakhir menikmatinya-Saidina Umar Al-Khatab-..Jiwa pemimpin sebeginilah yang perlu ada dan sememangnya sudah ada tetapi sesetengah orang ada akl tetapi tidak tahu menilainya....





Isnin, 16 Februari 2009

BAHAYA VALENTINE`S DAY


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


INILAH SALAH SATU BUDAYA BARAT YANG AKAN MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM...
sedar ataupun tidak,umat kristian hari ini begitu hebat dalam menyampaikan dakyah mereka supaya lebih ramai penganut agama kristian.Antara dakyah mereka adalah meraikan hari KEKASIH atau lebih popular dengan VALENTINE DAY...
Umat ISLAM DILARANG dan DIHARAMKAN daripada meraikan hari kekasih yang disambut pada 14 FEBRUARI setiap tahun.Ini kerana apabila tibanya hari kekasih,setiap pasangan yang ber "COUPLE"memberikan hadiah yang menarik kepada pasangan mereka sebagai tanda cinta dan sayang kepada kekasih mereka.Tidak cukup dengan memberikan hadiah sahaja,malah setiap pasangan akan keluar meraikan hari kekasih berdua-duaan.dalam situasi berikut macam2 yang dilakukan mereka.. yANG PASTINYA,....... IA AKN BERAKHIR DENGAN AKTIVITI SEKS BEBAS..
Bagi membicarakan tentang perayaan HARI KEKASIH dengan lebih terperinci lagi,kit perlu tahu bahawa apa sebenarnya maksud yang tersirat pada HARI KEKASIH atau VALENTINE DAY?
Dari segi bahasa,"VALENTINE", diambil daripada perkataan bahasa Inggeris dan "VALENTINO"dalam bahasa Itali yang diambil daripada sebuah keluarga berbangsa Rom,dan dalam bahasa latin disebut sebagai Valentinus yang bermaksud kuat,sihat dan aktif...
Menurut sejarah pula Valentine pula diambil sempena seorang paderi besar kristian pada zaman pemerintahan Ratu Issabel dari Sepanyol iaitu St Valentine.Pada zaman pemerintahannya,beliau berjaya mengalahkan kerajaan Islam di Codova pada 14 Februari 270 Masihi.Tarikh ini amat bermakna bagi beliau disebabkan oleh kekalahan umat Islam dan sehingga beliau menganggap rakyat Cordova sebagai kekasihnya dan bagi mngenangkan peristiwa tersebut,rakyat Cordova menyambutnya setiap tahun pad 14 Februari.
Dalam pada itu nama St Valentine sering digunakan digereja gereja yang terkenal seperti St Valentine Church di Phildelphia dan St Valentine Catholic Church di Peru dan banyak lagi gereja yang menggunakn nama St Valentine bagi mengingati tokoh agama kristian itu.
Dengan fakta2 di atas,jelas menunjukkan bahawa perayaan Hari Kekasih merupakan bukan perayaan bagi umat islam dan ia adalah perayaan orang kristian.Ini menunjukkan ia amat bertentangan dengan ajaran Islam dan Islam melarang umatnya daripada meniru identiti agama lain lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan Aqidah.dalam erti kata lain,Islam melarang umatnya daripada mencampur adukkan segala perkara agamanya dengan agama lain yang boleh membawa seseorang Islam itu kepada kekufuran.
firman Allah dalam surah Al-Kafirun:
Kataknlah wahai orang-orang kafir.tidak aku( NABI MUHAMMAD) sembah apa yang kamu semua sembah.dan tidak kamu sembah apa yang aku sembah.dan tidak aku sembah apa yang kamu sembah,dan kamu tidak sembah aoa yang aku sembah .bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
Demikian juga kita sebagai umat islam dilarang dalam meniru gaya dan penampilan yang ditonjolkan oleh orang2 bukan islam..Bukan sahaja dalam penampilan,malah setiap aspek yang bertentangan dengan Islam kita dilarang mengikutinya.
Kesimpulannya,Panel Kajian Aqidah dan Panel Kajian Syariah JAKIM telah memutuskan bahawa amalan menyambut VALENTINE DAY adalah HARAM,dan lari daripada ajaran islam,manakala MAJLIS FATWA KEBANGSAAN memutuskan bahawa amalan merayakan VALETINES DAY tidak pernah dipernah dianjurkan oleh Islam dan mengandungi unsur2 kristian yang boleh meroskjan Aqidah umat islam.
MARILAH KITA MEMARTABATKAN AJARAN ISLAM YANG SYUMUL DARI SEGALA ASPEK SAMADA DARI PERUNDANGANNYA,POLITIK DAN BUDAYA.

Ahad, 15 Februari 2009

PALESTIN OH PALESTIN!!!!!


"Wahai sahabat2ku di Gaza,ku ingin berjuang disamping Teman-teman sekalian..Namun,aku hanya mampu berjuang dengan caraku sendiri...aku pohon kepada RABB yang Esa,ISLAm akan menikmati KEMANISAN KEMENANGAN...InSYAALLAH,YAKINLAH PERTOLONGAN ALLAH PASTI DATANG"












Dalam jiwa mereka, darah yang mengalir begitu laju dan bersemangat tanpa menghiraukan apa yang berlaku pada mereka...

mkereka yakin akan janji dan pertolongan ALLAH terhadap mereka..
Mereka juga yakin darah mereka akan dibeli oleh ALLAH dengan nilai yang tidak terkira banyaknya.. Yang bermain difikiran mereka adalah SYAHID FISABILILLAH
ITULAH CITA-CITA MEREKA....

Palestin oh Palestin!!!
hanya air mata dan darah menemani mereka setiap hari.
mereka menderita disebabkan kekejaman Zionis.
Mereka hidup sengsara,mereka berkoban demi menyelamatkan maruah tanah air mereka daripada DIMUSNAHKAN oleh zionis laknatullah..
Siapa tahu dan siapa rasa,begitu peritnya keadaan mereka yang terpaksa mereka tempuhi walau dalam keadaan susah...
'YA ALLAH,ENGKAU SELAMATKAN BUMI AL QUDS.
ENGKAU HANTARLAH BALA TENTERA ENGKAU UNTUK MENOLONG UMAT ISLAM SEAGAMAKU SEPERTIMANA ENGKAU HANTAR BURUNG ABABIL UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA ABRAHAH...
HANCURKAN ZIONIS!!
HANCURKAN ZIONIS
ayuh umat ISLAM sekalian,kita bangkit demi kedaulatan ISLAM...kita bina waja diri,sebagai pejuang Allah...insyAllah,islam pasti terbilang..dan kita perlu tahu bahawa,apabila umat islam sesuatu tempat ditindas,maka,yang perlu berjuang bukanlah mereka sahaja,tetapi umat islam seluruh dunia..
kepada semua pembaca,marilah kita hadiahkan AL-FATIHAH buat pejuang ISLAM yang telah mati SYahiD memPERJUANGKAN ISLAM dan DOa Buat mereka.....

Selasa, 10 Februari 2009

BERPEGANGLAH DENGAN AL QURAN



Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepad Nabi Muhammad SAW dalam bentuk perantaraan malaikat Jibril AS..Kalamullah yang diberi nama sebagai Al-Quran ini merupakan panduan utama umat islam
dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah..
Al-Quran memepunyai gaya bahasa yang luar biasa.Gaya bahasanya lebih indah daripada sebuah sajak,syair dan sebarang puisi yang dikatakan indah..hal ini kerana,para penyair arab sendiri memuji bahawa gaya bahasa Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang lebih menarik daripada syair mereka..
Dalam Al-Quran banyak menceritakan kisah2 pada zaman zaman Nabi Adam AS sehingga zaman Nabi Muhammad.Malah,kalamullah ini juga mmengandungi pelbagai ilmu yang belum diterokai oleh manusia.dalam Al-Quran itu sendiri mengandungi undang2 islam,sains,ekonomi,politik dan sebagainya.
Yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa umat manusia hari ini tidak mahu berpegang dengan Al-Quran?persoalan ini bukan hanya dituju kepada orang kafir semata mata,tetapi juga untuk umat islam khasnya...cuba kita renungkan,apa yang akan terjadi kepada kita jika Al-Quran itu tidak diturunkan oleh Allah.?sudah pasti kita akan hidup dalam kegelapan...malah kita akan menjadi lebih sesat dan menyesatkan..



">
Pembaca yang dihormati,hari ini pelbagai masalah yang berlaku kepada manusia sejagat amnya.ini merupakan peringatan daripada Allah kepada manusia supaya muhasabah diri dan analisa berapa banyak dosa kita akibat tidak mahu turuti perintah Allah dalam Al-Quran.Pada hari ini wujud pelbagai aliran songsang yang bertentangan dengan ajaran Islam.hari ini isu Palestin mendapat perhatian dunia..saudara seislam kita disana berjuang demi menegak agama Islam yang tercinta.kanak-kanak yang masih belum tahu apa itu perjuangan,jihad sudah berada dalam kancah peperangan tanpa memikirkan adakah mereka sepatutnya berada disitu?kezaliman dan kekejaman zionis membuatkan umat seluruh dunia membenci pada mereka.Zionis adalah bangsa kafir yanag begitu kejam sekali.
Dimanakah negara Islam yang lain?adakah kita hanya melihat sahaja kekejaman yang berlaku tanpa sebarang tindakan.inilah sebabnya jika umat Islam tidak mahu memahami Al-Quran..Pemikiran umat islam hari ini mudah dipengaruhi dengan pemikiran barat.Sedarlah wahai umat Islam?jangan asyik dibuai mimpi kekayaan dunia yang tidak berkekalan..kelak diri kita akan menerima azab seksaan daripad ALLah..
Wahai sahabat semua,bacalah,hayati, dan bertindak dengan apa yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran.jangan kita menjadi umat yang dipengaruhi oleh pemikiran sekular,iaitu memisahkan segala urusan yang dilakukan tanpa ada kaitan dengan apa yang diinjurkan oleh islam.Sebagai contoh,jika kita seorang pemimpin,jadilah pemimpin yang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan sunnah....jika dipinta untuk memilih pemimpin,pilihlah pemimpin yang berilmu,beriman dan bertaqwa dan pemimpin itu bukan dari orang yang cintakan dunia dan harta semata mata..pilihlah pemimpin seperti Nabi Muhammad saw,Saidina umar Al Khtab,umar ibn Abd Aziz dan pemimpin islam yang ulung pada zaman dahulu dan masa kini.
Wahai sahabat perjuangan semua,marilah kita bermuhasabah diri kita supaya kita menjadi khalifah di muka bumi ini dengan penuh ketaqwaan..Jadikan Al_Quarn sebagai sahabat kita,moga2 hati kita menjadi tenang dan beroleh manfaat serta kebahagiaan didunia dan diakhirat...

Isnin, 9 Februari 2009

Tsunami di Perak: Mencari Makkal Sakhti!









Berita tergembar yang diterima tengah hari tadi cukup menggemparkan negara, lagi-lagi penduduk tetap Peghok. Mereka kehilangan pemimpin yang mereka cukup sayangi. Ini bermakna akan berlaku sekali lagi Pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang. Siapakah bakal menggantikan arwah Roslan Shahrum? Selepas tsunami kebangkitan rakyat di Masjid Ubudiyah, Jumaat lalu, rakyat perlu bangkit utk memastikan suara mereka boleh dibawa ke Parlimen...Namun, siapakah calon yang layak untuk mewakil setiap parti bertanding?



Banyak khabar angin MB Perak sekarang(jika mengikut perlembagaan) bakal menyahut cabaran. Ini dinyatakan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ustaz Abdul Latif (klik disini: harakahdaily.net untuk kenyataan beliau lebih lanjut) Dengan berlakunya pilihan raya ini, maka kuasa rakyat bakal menentukan siapa yang sebenarnya di hati mereka. Adakah kerajaan negeri "baru" yang dicanang-canang oleh Dr Zambry bakal menawan hati mereka...??

Pastinya 1001 persoalan dan pertanyaan akan timbul selepas ini. Harapan rakyat terletak kepad pemimpin yang betul-betul berkaliber dan berprinsp untuk meneraju negara malaysia yang kita cintai.

Wahai rakyat sekalian, bangkitlah kalian sekalian untuk memastikan hak kita dilunaskan dengan memilih calon yang bakal bertanding bukan sahaja atas dasar kekeuatan individu calon tetapi lihatlah kepada apa yang cuba disampaikan oleh parti mereka wakili. Berkata dan bertindaklah demi kebenaran alaupun ianya pahit...Kita mencari 'makkal sakti' kalian!!!

Jumpa di medan jihad "Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang!!!"




















Dapatkan di Pasaran Sekarang

Anda boleh dapatkan koleksi penulisan TG Dato' Seri Nik Abd Aziz di Nufairshop.com
Terbaik & Terkini!!!