Isnin, 9 Februari 2009

Tsunami di Perak: Mencari Makkal Sakhti!









Berita tergembar yang diterima tengah hari tadi cukup menggemparkan negara, lagi-lagi penduduk tetap Peghok. Mereka kehilangan pemimpin yang mereka cukup sayangi. Ini bermakna akan berlaku sekali lagi Pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang. Siapakah bakal menggantikan arwah Roslan Shahrum? Selepas tsunami kebangkitan rakyat di Masjid Ubudiyah, Jumaat lalu, rakyat perlu bangkit utk memastikan suara mereka boleh dibawa ke Parlimen...Namun, siapakah calon yang layak untuk mewakil setiap parti bertanding?



Banyak khabar angin MB Perak sekarang(jika mengikut perlembagaan) bakal menyahut cabaran. Ini dinyatakan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ustaz Abdul Latif (klik disini: harakahdaily.net untuk kenyataan beliau lebih lanjut) Dengan berlakunya pilihan raya ini, maka kuasa rakyat bakal menentukan siapa yang sebenarnya di hati mereka. Adakah kerajaan negeri "baru" yang dicanang-canang oleh Dr Zambry bakal menawan hati mereka...??

Pastinya 1001 persoalan dan pertanyaan akan timbul selepas ini. Harapan rakyat terletak kepad pemimpin yang betul-betul berkaliber dan berprinsp untuk meneraju negara malaysia yang kita cintai.

Wahai rakyat sekalian, bangkitlah kalian sekalian untuk memastikan hak kita dilunaskan dengan memilih calon yang bakal bertanding bukan sahaja atas dasar kekeuatan individu calon tetapi lihatlah kepada apa yang cuba disampaikan oleh parti mereka wakili. Berkata dan bertindaklah demi kebenaran alaupun ianya pahit...Kita mencari 'makkal sakti' kalian!!!

Jumpa di medan jihad "Pilihan raya Kecil Parlimen Bukit Gantang!!!"




















1 ulasan: