Rabu, 25 Februari 2009

Awaluddin Ma`rifatullah




Allahukbar!..Allahukbar!...walillahilhamd....Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan kita sebagai makhluk diatas muka bumi ini,Dia(Allah)yang menciptakan segala apa yang ada di alam ini dengan hebat dan sempurna.....Didalam post ini penulis ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai apa yang disebut dalam bahasa Melayu ialah permulaan agama adalah mengenal Allah SWT...dan didalam bahasa Arab atau bahasa Al Quran adalah disebut sebagai Awaluddin Ma`rifatullah..Penulis ada membaca sebuah buku yang berjudul Sifat 20 puluh yang dikarang oleh Ustaz Salehuddin Al Jawiy iaitu mengenai Ilmu Tauhid ataupun dikenali sebagai Ilmu Usuluddin..
Didalam ajaran Islam,secara umumnya ilmu-ilmu yang penting itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

1.usuluddin iaitu membicarakan mengenai persoalan aqidah

2.Feqah iaitu ilmu yang membicarakan tentang persoalan hukum syarak

3.Tasawuf iaitu membicarakan tentang persoalan akhlak islamiyah.

disinikan penulis ingin menegaskan bahawa tiga serangkai ilmu tersebut tidak boleh dipisahkan.Jika dipisahkan salah satu daripada tiga serangkai ilmu tersebut,maka rosaklah yang lain..orang selalu mengatakan irama dan lagu tidak dapat dipisahkan,jika dipisahkan sumbang lagu itu..begitu juga dengan 3 serangkai ilmu tadi,jika dipisahkan turut juga menjadi sumbang..Apabila sumbang,maka rosaklah keislaman kita sebagai muslim samada Fasiq ataupun jatuh kekufuran tanpa disedari.....Wana`uzubillah...
Analogi daripada ketiga-tiga ilmu tersebut adalah diibaratkan seperti bangunan..usuluddin itu adalah foundationnya,bangunan rumah dan peralatan rumah itulah syariat dan akhlak..justeru itu,bangunan rumah dan peralatan rumah tidak dapat ditegakkan jika foundationnya tidak ada...dalam erti kata lain,usuluddin itu tapak asas sebagai seorang muslim,syariat dan tasawuf itu adalah furu`atau cabang yang mencantikkan islam seseorang..Syariat dan akhlak tiada nilai kalau aqidah seseorang rosak..

Rasulullah pernah bersabda:
Awaluddin ma`rifatrullah..
maksudnya:permulaan agama(Islam) itu adalah mengenal Allah.

Oleh itu,ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan daripada mempelajarinya kerana ia merupakan ilmu untuk kita memperteguhkan keyakinan dan kemantapan aqidah di hati tanpa dicelahi unsur syak,waham,zhan,dan jahil.

sebagai contoh:Rasulullah merupakan orang yang mempunyai kekuatan aqidah yang hebat,oleh itu kita dapat lihat disini,syariat dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah itu juga cantik dan sempurna.

Segala ibadah dan amalan kita merupakan hadiah atau persembahan yang akan kita berikan kepada Allah SWT..dalam konteks awaluddin ma`rifatullah,jika amal jika kita melakukan ibadah kita tanpa kita kenal Allah SWT,maka hadiah yang akan kita berikan itu tidak akan sampai kepadaNya.Ibarat kita ingin memberi surat kepada seorang raja,tetapi kita tidak yang mana satu raja itu,maka surat itu tidak akan sampai kepada raja tersebut.mungkin kita akan berikan kepada pembesar istana yang kita anggapkan sebagai raja

Begitulah juga ibadah kita seperti solat,puasa,zakat,jihad dan sebagainya akan sampai kepada Allah jika kita benar2 mengenali Allah dengan sungguh2.

Mengenali Allah ini amat penting kerana jika tidak mengenali Allah,bimbang dan takut segala amal kita tidak sampai kepada Allah...Malah segala ibadah kita hanya ditipu oleh Syaitan yang akan sentiasa menyesatkan kita.

Alhasilnya,apabila semua orang mengenali Allah dengan sebenarnya,Aqidah umat islam teguh,maka akan lahir sebuah negara yang aman makmur yang menjalankan hukum Allah di atas muka bumi ini,masyarakat islam yang berakhlak mulia, maka negara itu akan mendapat keamapunan Allah kerana membina sebuah daulah islam yang menjalankan segala aspek adalah berkaitan dengan islam samada dari segi perundangannya,politiknya,ekonomi dan budaya islam.Justeru lahirlah negara yang disebut sebagai,BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR....iNSYAALLAH.....




.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.laailahaillah anta,subha naka inni kuntu minazzalimin.
    "ustbut stabatkallah"

    BalasPadam
  2. Salam saudara, awaluddin ma`rifatullah,awal agama mengenal Allah.Sila terangkan dan sama-sama bincang.

    BalasPadam