Sabtu, 9 April 2011

syukran Ya Ukhti.

alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran saya panjatkan buat rabbul Jaleel,kerana menganugerahkan diri yang hina lagi Dhaif ini kekuatan untuk terus menulis dan berada dalam jalan dakwah ini.

ketika ini fasa minggu ulangkaji.Aku tidak dapat pulang kerana terpaksa menghabiskan kerja yang belum selesai.dibenak hatiku aku merasakan bahawa betapa rindunya hati ini buat bonda dan ayahanda di kampung.hanya Allah yang tahu.Aku terus berdoa dan berdoa untuk kesejahteraan buat bonda dan ayahanda ku yang tercinta dikampung.Juga tidak lupa buat abang yang tersayang iaitu abang di,tok dan jugak bibik di kampung.selamat bekerja bik!tersenyum diriku keseorangan dan kadang-kadang senyum bertukar wajah kepada sebaliknya kerana marah dan tension,rindu dan sebagainya.Ya Allah,ampunkanlah segala dosa-dosaku.

Ku tempuhi liku-liku atau hari-hari terakhir dalam semester ini dengan penuh debaran dan juga diiringi pelbagai dugaan serta cabaran cabaran.Ayat motivasi yang dapat memberikan aku semangat adalah bila mana aku ingat kembali Firman Allah SWT yang bermaksud:

" “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka belum diuji” Al-Ankabut:2

Apabila diriku diuji,aku pasti akan cuba mengahayati dengan ayat Allah diatas.pasti aku akan bangkit dari segala masalah dan terus kuat untuk bekerja dan berjuang.
Allahurabbi.hebat betul ujian Allah dan perencanaan Allah.

Nasihat Daripada seorang Ukhti

Aku tidak menyangka bahawa ada orang yang bersimpati dan berani menegur kesilapan dan kelemahan aku.malah dia mampu memberikan aku motivasi untuk terus berjuang di Jalan Allah.Allahurabbi,pada ketika itu,aku seperti mendapat suntikan baru untuk terus bekerja dan berada di Jalan Ini.

Begitu berat ujian yang Allah timpakan kepada sahabat,tetapi rasulullah mengtakan mereka masih belum diuji seberat mereka yang terdahulu. Kita hanya diuji dengan ujian yang sedikit tetapi mengeluhnya melebihi khabab al aradh. Ujian adalah perkara yang pasti.tetapi bagaimana kita sebagai hamba yang lemah ini hendak berhadapan dengan ujian-ujian dunia ini.maka ingatlah firman allah yang berbunyi.

“Dan mintalah pertolongan daripada tuhanmu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” Al-Baqarah:45

Ayat ini merupakan ayat yang sungguh menusuk kalbu bari orang-orang yang mengharapkan keredhaan daripada tuhannya. Pastinya sahabat-sahabat rasulullah merupakan mereka yang tergolong daripda orang-orang yang khusyuk. Mereka adalah golongan yang paling banyak diuji tetapi paling tinggi iman mereka.

Berbalik kepada insan yang telah memberikan motivasi pada diriku.Syukran Ya Allah kerana masih ada insan yang peduli dengan diriku.Peduli dengan kelemahan diriku ini.dan dia juga pemberi semangat padaku.

Ucapanku padanya
" Syukran akak farah shahidah Mohamed kerana telah hadir dalam memberi motivasi buat diriku.teguran dan motivasi yang akak berikan akan saya jadikan pedoman untuk diri ini terus berjuang dan berada dalam jalan ini.Alhamdulillah,kini kita sama-sama berada dalam Jalan-Nya berjuang bersama.......



Khas buat kak farah shahidah binti Mohamed.

Selasa, 5 April 2011

Cintaku bermula diJalan itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat,rakan-rakan,teman-teman,dan semua yang telah mengembara ke blog ini.

Alhamdulillah,kupetik rasa syukur tulus dari hati insan yang kerdil ini serta ingin mengajak semua untuk sama-sama kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana masih lagi dengan nikmat-Nya kita masih lagi dapat menjalankan tugas kita sebagai hamba Allah dan juga khalifah diatas muka bumi ini.

Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan kehebatan pemikiran baginda sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh,kita hari ini masih lagi menikmati nikmat Iman,Islam dan Ihsan.

Rasa terharu dan sangat bersyukur pada-Mu Ya Allah,aku masih lagi berada dalam jalan dakwah ini.Dan aku juga bersyukur kerana Allah memilih diriku yang kerdil ini untuk berada dalam jalan dakwah ini.Teringat aku bila mana aku berada di sekolah menengah dahulu.Dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5,aku tidak pernah mengenal jalan dakwah yang mulia ini.Pada ketika itu,aku masih lagi berada dizaman untuk seronok bersama kawan-kawan.Disekolah,iaitu SMK Agama Arau pada ketika itu,badan dakwah yang ada dikenali sebagai BADAR.BADAR pada ketika itu dilihat gah sebagai satu badan yang dibawahnya digerakkan oleh sebahagian besar abang-abang dan kakak-kakak yang tinggal di asrama.

MENERIMA TARBIYAH DI SMKAA

Masih teringat lagi sewaktu aku ditarbiyah di SMKAA.Aku masuk tingkatan 1 di SMKAA dengan hati yang gembira dan penuh syukur kerana memang menjadi impianku untuk sambung pengajian diperingkat menengah di SMKAA.Kakak aku juga banyak menjadi pendorong disamping keluarga yang ingin aku masuk ke SMKAA.Di tingkatan 1,aku tidak menerima tarbiyah khusus dari abang-abang yang pegang BADAR.Pada masa itu BADAR ini hanyalah digerakkan di asrama sahaja.Maklumlah aku pada ketika itu bukan budak asrama.Tapi aku mohon untuk tinggal diasrama pada Tingkatan 2 dan akhirnya dapat juga aku merasa tinggal di asrama.Teringin menerima tarbiyah dari abang-abang BADAR.akhirnya dapat rasa juga.
sepanjang aku di SMKAA,aku hanya tahu program BADAR ialah Kem Bisafa.Kem Bisafa bermaksud Kem Bina Sahsiah dan Amali Fardhu Ain.Fasi-fasi adalah semua dari alumni SMKAA sendiri.iaitu abang-abang yang telah belajar di IPTA.
Semua hebat-hebat belaka.gerun aku tengok abang-abang fasi pada ketika itu.
Berbalik pada tarbiyah SMKAA,aku memang seorang pelajar yang boleh dikatakan nakal juga disekolah dahulu.ponteng kelas,tidak siapkan kerja rumah dan sebagainya.tetapi merokok aku tidak pernah mencuba.aku memang anti-Rokok.sebab tidak suka bau rokok.
Bila diasrama,apa yang boleh aku rasakan adalah,ukhwah antara batch aku di asrama.
suka-duka diasrama.usrah pun tidak digerakkan walaupun aku dilantik sebagai naqib di SMKAA.hmm.apa nak jadi lah aku pada masa tuh.

TARGET NAK SAMBUNG KE MESIR= CITA-CITAKU

Aku memang sangat berharap dapat sambung belajar di Mesir dalam bidang agama.Sebab aku tengok abang-abang yang belajar Mesir ni ilmu diorang hebat-hebat belaka.Itulah yang menjadi pendorong untuk aku sambung bidang agama dan ingin ke Mesir.Dan bila tanya kakak,kalau nak sambung ke Mesir,kna ambik STAM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia.Sejak dari tuh,aku sangat-sangat nak ambik STAM dan aku bertekad tidak akan mohon UPU atau Matrikulasi walaupun aku minat juga dalam bidang ekonomi dan akaun.

MENJEJAK KAKI KE "BUMI WAQAFAN"



"Hari ini,tiada senda dalam bicara.
Deru air mata merupakan segalanya,
sang hati bicara sendiri,
Bangunkan Ummah bina generasi"

Dibumi Yang bertuah ini,
Diriku mula mengenali,
Matlamat hidup sebagai abdi,
Kepada Allah,Allah Rabbi,

Diriku Kini sebebas unggas
terbang riang di angkasa raya
menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya,indahnya oh indahnya


Masih terngiang-ngiang di telingaku lagu rintihan kalbu ketika mana aku berada dibumi waqafan iaitu Kolej islam Sultan Alam shah.Sebak bila mendengar lagu ini.Lagu inilah aku nyanyikan bersama sahabat-sahabat seperjuangan di KISAS."ya Allah,sesungguhnya aku rindukan suasana Biah solehah di KISAS.disitu aku ditarbiyah dan disitu aku membina kehidupanku yang sebelum ini penuh dengan debu-debu dosa pada Mu."hanya Allah yang tahu segala isi hatiku dan kerinduan ini.
Bila mana berada di KISAS,aku bertemu dengan sahabat-sahabat baru.Disana aku bertemu Ukhuwah,tarbiyah,biah solehah,teacher dan friends (5 uniques in KISAS) inilah yang membuatkan aku rindu KISAS.
Disinilah (KISAS) aku mula menjinakkan diri dalam bidang dakwah.aku mula diperkenalkan apa itu dakwah,tarbiyah dan siasah di KISAS.Aku sangat bersyukur kerana disitu aku banyak belajar erti hidup bersama islam.



CINTAKU BERPUTIK PADA JALAN DAKWAH INI

Alhamdulillah.aku telah berpijak pada Jalan dakwah ini.Moga Allah tatapkan diriku pada jalan Dakwah ini.Cintaku berputik telah berputik pada jalan dakwah ini.Ya Allah,pengalaman suka dan duka ketika berada dalam jalan dakwah ini amat manis bila dikenangkan kembali.Kini aku teruskan jalan dakwah ini kemedan yang lebih besar dan luas medan kampus.Ya Allah.Kuatkan diriku dalam menempuh dugaan dijalan ini.Lepas ni akan ku harungi medan masyarakat yang lebih luas...

*untuk post akan datang ana akan post lagu rintihan kalbu

Isnin, 4 April 2011

Hatiku Kembali Berbicara


Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua teman-teman dan juga sahabat-sahabat.
Pertama sekali ana mohon maaf atas segala kesalahan dan kemalasan ana dalam meng"update" blog ini.sudah lama tidak post dalam blog ini.Entah kenapa hati ana mula berbicara dan ada desakan untuk ana meng"aktif"kan semula medan pena ini.barangkali ana fikirkan bahawa medan dakwah ini luas.Ana fikirkan perlu pelbagaikan method dan gaya menyampaikan ilmu,informasi dan sebagainya untuk kesinambungan dakwah di bumi Allah ini.Ana takut dipersoalkan Allah SWT diakhirat nanti dan lebih bimbang dan khuatir ana tidak mendapat menjawab pertanyaan Allah SWT kelak."Apa sumbangan kamu terhadap Islam"?
Barangkali ana tidak dapat menjawab.........
Ya Allah.....
lantas ana yakin dan percaya...Allah itu Maha pengampun dan Penyayang terhadap hamba-Nya....Yakinlah bahawa sesiapa yang membantu agama Allah,Allah akan bantunya dalam segala penderitaan dan kesusahan........

Buat teman-teman dan sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..ayuh bersamaku kemedan Dakwah,medan jihad,medan tarbiyah,medan siasah...ayuhlah....moga kita diberi kekuatan untuk menyebarkan islam serta meletakkan Islam itu ditempat yang benar.....
Maaf atas kekhilafanku..............

Khamis, 30 September 2010

Taubat Seorang Pejuang – Ustaz Nasaruddin Tantawi

Masih terngiang – ngiang di telinga saya , perkataan yang pernah dipopularkan oleh al Imam Hassan al Hudhaibi . Perkataan ini sering diulang – ulang oleh naqib saya Syeikh Ahmad Laasyin ( beliau pernah dipenjara bersama Asy Syahid Syed Qutb Rhm ) , dulunya beliau adalah Imam Masjid Syahid di Tanta .

Saya lekatkan banner perkataan tersebut di dinding rumah saya sewaktu menginap di Syari’ al Hulwa berhadapan dengan Madrasah Jil Muslim lil Banat di Tanta satu masa dulu . Masih segar pastinya dalam ingatan ini bersama rakan – rakan seperjuangan yang sangat menghayati makna dan maksud perkataan tersebut.

Perkataannya ringkas tapi nyata ia cukup besar maknanya bagi diriku sebagai seorang pejuang . Ianya bagai satu energy yang cukup luar biasa bagi diri saya sewaktu meredah segala cabaran dan merempuh segala halangan untuk berjaya mencapai status seorang pejuang.

Juga masih dalam ingatan ini , sewaktu kami para nuqaba’ menjalani terapi muhasabah di satu subuh yang hening . Naqib saya masa tu Ust. Musthafa Saari dibantu Ust. Zulqarnain Hassan telah membuat dua garis . Satu garis permulaan dan satu lagi garis akhir . Jarak antara garis mula dengan garis akhir sekitar 10 kaki ( lebih kurang 20 tapak ) .

Kami lebih kurang 12 orang ( kalau tak salah ingatan saya ) berbaris digaris mula dengan arahan supaya memberi fokus kepada setiap tapak yang akan kami lakukan menuju ke garis akhir . Itu pun kalau setiap aktiviti dan amal Islami yang dibacakan oleh Naqib satu persatu dengan penuh tertib telah dilakukan oleh kami secara jujur dan benar .

Setiap amal dan aktiviti yang tidak kami lakukan , pastinya ia mematikan langkah kami . Ada 20 amal dan aktiviti yang dibacakan oleh Naqib dan memadai dengan 20 langkah untuk kami sampai ke garis akhir dengan satu amal yang dilaksana bersamaan satu langkah .

Ayat tema kepada terapi muhasabah ini adalah perkataan yang saya maksudkan tadi :
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.

Terapi Muhasabah yang Menginsafkan

Di pertengahan jalan menuju ke garis akhir , nyata waktu itu saya agak terkebelakang berbanding sahabat – sahabat yang lain seperti meluru laju kerana setiap amal yang disenaraikan oleh Naqib rupanya dilakukan oleh mereka dengan baik . Sementara saya gagal dalam banyak amal Islami yang sepatutnya menjadi kewajipan kepada kami para nuqaba’ melakukannya.

Ya, saya masih ingat bagaimana saya gagal untuk puasa isnin dan khamis malah saya juga gagal menginfaqkan sebahagian harta yang saya miliki pada minggu tersebut. Kegagalan demi kegagalan sudah pasti mematikan langkahan saya dan akhirnya saya mula menyedari bahawa kedudukan saya dengan garis akhir agak jauh .

Kedudukan ini tentu sahaja menyebabkan naqib saya (amir) tidak berpuas hati dengan prestasi saya selaku salah seorang dari para nuqaba’ harapannya.

Lalu saya disergah oleh Ust. Musthafa . ” Ust. Din ! anta tengok kedudukan anta sekarang , masih terlalu jauh untuk sampai ke garis akhir ! Anta tahu apa maksudnya ? Maksudnya anta gagal untuk layak sebagai seorang pejuang ! “

Saya cuba bertahan . Menahan gelora emosi yang mula diserang rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang .

Ust Zulqarnain menambah : ” Ust. Din , kalau macam ni keadaan anta macam mana anta nak jadi pemimpin ? Memimpin Gerakan Islam tidak seperti memimpin persatuan kebajikan ! Kenapa minggu ini prestasi amal anta terlalu lemah ? anta lupa tanggungjawab ? anta bermain – main dengan perjuangan ini ? anta ingat nak jadi pejuang cukup setakat pandai pidato ? kemana perginya semua taujihat yang kami berikan kepada anta selama ini ? “

bertalu – talu persoalan diterjah kepada saya oleh Ust Zulqarnain . Perasaan saya makin sukar dikawal dan akhirnya dalam suasana yang penuh hening disubuh hari , saya menangis kesal . saya meraung penuh insaf .

Suasana agak emosional , saya hampir pengsan dalam esakan yang cukup memilukan , mengenang diri yang nyata tidak layak untuk menjadi seorang pejuang sedang saya selalu mendambakan status sebagai seorang pejuang , malah saya bangga memperkenalkan diri kepada sahabat – sahabat bahawa saya adalah seorang pejuang . Saya malu …

Saya ingat lagi , agak lama juga saya diselubungi rasa bersalah dan saya menangis dan terus menangis sehingga memaksa rakan – rakan anggota madrasah Nuqaba’ yang turut menyertai Terapi Muhasabah itu , memujuk dan menyabarkan saya .

Demikian secebis kenangan 14 tahun yang lalu sewaktu saya direkrut dan dikaderkan oleh abang – abang yang lebih senior dalam perjuangan ini . Sebahagian mereka kini menjadi pemimpin , memimpin Gerakan Islam di negeri masing – masing . Pun turut di akui , ada juga mereka yang dulunya mentarbiyah saya , kini mereka hilang dari peta rajah perjuangan di tanahair hari ini . Mungkin mereka berjuang di luar negara . Wallahua’alam .

Bukan Zaman Rekrut
Sekarang saya dan kita semua berada di medan berbanding sebelumnya kita bagaikan berada di kem . Ertinya kita bukan lagi berada di madrasah nuqaba’ dan tidak juga berada di dalam tamrin panjang ( mua’skar ) yang mana kita dibina , dilatih , dibentuk , dikader , ditegur , dimarah , dibimbing , dipimpin , diajar dan dinasihat oleh pimpinan .

Hari ini kita bergerak meredah cabaran dan menyerap tekanan dengan tahap upaya sendiri berbekalkan skima pentarbiyah yang telah diambil sejak sekian lama .

Cukup lama diri ini tidak ditegur , dididik , dimarah , dibimbing , dinasihat , diajar dan dikader seperti dulu . Logiknya , kalau dulu pun ( dalam suasana pengkaderan ) saya masih gagal dalam banyak aktiviti amal islami , bagaimana saya boleh berjaya dalam suasana begitu lama saya tidak dibimbing dan ditegur ?

Taubat
Sukar sungguh untuk layak jadi pejuang yang tangguh dan tahan uji . Mungkin saya boleh berjaya dalam satu bahagian tetapi gagal dalam banyak bahagian yang lain . Berhadapan pula dengan tekanan dan cabaran dari luar serta tidak kurang karenah dalaman yang cukup menguji kesabaran .

Antara yang membuat diri ini sering gagal ialah keupayaan dan stamina diri yang masih lemah dalam menangkis serangan kemahuan ( nafsu ) yang datang dari diri sendiri . Ianya sering memerangkap dan menjadikan diri ini leka dan lalai dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pejuang dan pemimpin .

Banyak sungguh dosa diri ini ! Ya Allah , Ampunkan daku ! Syaithan tentu saja gembira dengan perkembangan ini . Ya Allah ! Janganlah Kau biarkan diriku yang lemah ini terkapai – kapai dihanyutkan arus leka dan lalai dibuai nafsu .

Ya Rabbi Ya Allah ! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali – kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya Allah !

Isnin, 6 September 2010

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

sumber: I LUV ISLAM

Selasa, 31 Ogos 2010

Ramadhanku 10 terakhir....


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT telah memberikan aku kekuatan untuk menggerakkan tubuh ini untuk bangun bersahur pagi tadi.Bersykur sangat.pada masa yang sama aku sempat menunaikan solat subuh di surau An-Nur seksyen 1 Bandar Baru Bangi.

Satu kelainan dan " Zouq " yang dapat aku rasakan apabila solat subuh disitu.Jemaah subuhnya yang ramai terdiri daripada org tua,dewasa sehingga kanak2 kecil yg dilatih oleh ibu dan ayah mereka untuk bangun solat subuh berjemaah dimasjid.Terpana aku seketika.lantas fikiranku berfikir dan bertanya,mengapa jemaah ditempat aku tidak berlaku sedemikian...Ya Allah!!!!sungguh luar biasa jemaah subuh di bangi ini khususnya Surau an Nur.selesai sahaja solat subuh,tazkirah subuh disampaikan oleh seorang ustaz dari indonesia.ayat2 mativasi yg keluar dari mulutnya membuatkan aku benar2 termotivasi.Beliau (ustaz yg sy xtahu nama)bercakap soal tahajud.katanya,solat tahajjud sebagai kekuatan dalaman kita untuk kita hadapi cabaran global yang semakin mencabar dan memerlukan iman yang kuat untuk hadapinya.Ustaz juga kaitkan dengan tahajjud yg dilakukan nabi.Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah sabda nabi SAW,nabi tidak pernah tinggal 3 perkara iaitu Solat sunat tahajjud,solat sunat dhuha,dan puasa isnin dan khamis.walaupun hanya beberapa minit sahaja tazkirah beliau,tapi menusuk Qalbu.Kudoakan padaMu Ya Allah,ampunkan dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosaa sahabat-sahabatku,dosa kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.ameen>...

Kuharap.hari ini lebih baik dari semalam.Ramadhan Kareem,Allahu Akram.

M.E.R.D.E.K.A.KAH Kita????

Salam Ramadhan Kareem dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53.Rata-rata rakyat Malaysia gembira menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-53.hal ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia bebas dan merdeka daripada dibelenggu penjajah.

Masih ingatkah kita ketika mana Perdana Menteri malaysia yang pertama iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan 7 kali laungan " MERDEKA " menandakan bahawa kemenangan kita dari pada penjajah serta kita berjaya memiliki semula tanah air kita yg tercinta.

Tapi itu dulu..........
Hari ini???????
Mari kita lihat..............

(Sungguh jijik mereka yang berbuat sedemikian)

(tidak berhati perutkah mereka)

Sedar atau tidak bahawasanya kita masih lagi belum MERDEKA sepenuhnya.Hari ini berlaku banyak kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.Ya Allah,apalah dosa2 bayi2 ini sehinggakan mereka diperlaku sedemikian.....

Wahai masyarakat yang alpa dan leka dengan kepesatan pembangunan negara,sedarlah!!!!!
bahawa kita masih lagi belum merdeka.

wahai pemimpin yang GILA kuasa dan pangkat serta harta,jawablah kalian dihadapan Allah Taala nanti apa yang kamu sudah lakukan.Pasti kamu tidak akan terlepas!!!!

Apakah ini dikatakan MERDEKA!!!!!!
tepuk dada tanya iman.........