Isnin, 31 Oktober 2011

UKM 4 : Tolak AUKU,perjuangkan kebebasan akademik

Pertamanya saya ingin menfucapkan tahniah dan syabas kepada 4 orang rakan yang menang keatas isu UKM 4 atas tuduhan terlibat dengan parti politik parti keadilan rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil hulu selangor yang lepas.mereka adalah saudara hilman idham,ismail aminudin,wong king chai dan Azlin Shafina Adzha.Mereka juga bebas dikenakan sebarang tindakan akta iniversiti dan kolej iniversiti (AUKU).

AUKU
Akta ini digubal oleh Tun Dr Mahathir mantan perdana menteri Malaysia ke-4 atas tujuan untuk menghadkan pergerakkan mahasiswa di kampus daripada terlibat dengan parti politik khususnya parti pembangkang.Akta ini seolah "hantu" yang menakutkan mahasiswa daripada terlibat secara langsung dengan mana-mana parti politik demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.Mahasiswa tidak perlu dengan akta ini,kerana bagi sesetengah mahasiswa,AUKU adalah penyakit yang bakal membawa kehancuran modal insan negara.Kita perlu sedar bahawa,mahasiswa adalah agen perubahan kepimpinan negara,agen penerangan maklumat yang benar kepada masyarakat.Seharusnya,pihak kerajaan telah memansuhkan akta ini dan kita perlu belajar dari pembangunan mahasiswa negara lain.Hari ini mahasiswa kita yang bergraduasi adalah lebih 70 % gagal dalam aspek soft skill kerana dikampus mereka hanya belajar dan terus belajar tanpa mengambiltahu isu dunia luar.inilah kesan auku yang memusnahkan masa depan mahasiswa.

KEBEBASAN AKADEMIK
Kemenangan rakan-rakan UKM4 keatas isu yang mereka.hadapi menunjukkan kepada masyarakat bahawa kebebasan akademi harus diperjuangkan.Hal ini vb kerana,saya yakin dan percaya bahawa kebebasan akademi ini bukan tersekat atau dihadkan kepada mahasiswa sahaja,tetapi ia meliputi pensyarah dan juga kakitangan universiti.Inilah satu perkara kritikal yang memerlukan perjuangan betsama seluruh ahli akademi termasuk mahasiswa dalam kita memastikan kejujuran terhadap ilmu yang dipelajari.Cengkaman AUKU dan tiada kebebasan akademi merupakan satu petanda kepada kemunduran pemikiran generasi dan masyarakat.Saya selaku timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional,yang juga Naib Presiden MPP UKM khuatir pada masa akan datang,jika kita tidak memperjuangkan kebebasan akademik,perkara ini akan hilang serta tiada perkembangan minda serta idea dalam memajukan masyarakat dan negara.

STUDENT POWER
Slogan student power merupakan.slogan yang sinonim dengan gerakan mahasiswa.Slogan ini bakal membakar semangat anak muda yang bergelar mahasiswa.dalam memeperjuangkan hak mahasiswa dan rakyat negara ini.Mahasiswa tidak akan takut dan gentar kepada mana-mana pihak yang cuba menyekat gerakan mahasiswa daripada menyampaikan apa yang benar kepada masyarakat.Tahniah UKM4 dan seluruh aktivis mahasiswa.

Selasa, 11 Oktober 2011

Jangan Sesekali Menghina Ciptaan ALLAH

PERUTUSAN KHAS BUAT ASPIRASI KAMPUS UKM

Alhamdulillah segala puji dan puja terhadap Allah SWT atas limpahan kurnia-Nya pada dari hamba yang kerdil ini untuk menulis artikel ringkas ini buat Aspirasi UKM khususnya atau mana-mana individu yang cuba untuk membuat huru hara atau menghina ciptaan Allah SWT.
Saya amat terkilan dengan aspirasi kampus UKM (Nama FB) yang menyatakan kata-kata yang tidak sepatutnya mereka keluarkan dalam satu post FB yang mengakibatkan kemarahan ramai pihak pada aspirasi UKM yang kononnya menjujung aspirasi Universiti dan Nilai-nilai murni.Ini sangat bertentangan dengan apa yang mereka (Aspirasi ) ingin bawakan bahkan menimbulkan kemurkaan Allah SWT.



Aspirasi Kampus UKM: "Sapa yang menipu?Bukan ke Abdullah si kudung yg menipu?
p/s: tulisan yang di kuningkan dalam gambar.



Apa yang ingin saya fokuskan dalam gambar diatas (Diambil dari FB seseorang) dalam group PMUKM 10/11 adalah berkaitan dengan post aspirasi Kampus UKM yang menghina fizikal semulajadi Timbalan Presiden PMUKM iaitu saudara Mohamad Abdullah Mohd Yusoff yang cacat sebelah tangan.Kami,Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI),MPP FPI iaitu Saudara Muhammad Ikram Bin Darus dan Gabungan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (GMFPI),Pensyarah-Pensyarah FPI,kakitangan FPI termasuk seluruh mahasiswa FPI amat terkilan dengan “mulut celupar” aspirasi Kampus UKM yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya di keluarkan oleh aspirasi Kampus UKM.Kami semua menuntut aspirasi UKM serta mana-mana individu yang terlibat untuk memohon maaf secara terbuka dan kembali bertaubat atas dosa yang telah dilakukan.

ISLAM MELARANG MENGHINA CIPTAAN ALLAH


Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11.

Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sebab turunnya bahagian awal ayat ini ialah bila sekumpulan sahabat dari bani Tamim mempersendakan Bilal, Salman dan Ammar yang kesemuanya adalah bekas hamba. Dalam ayat ini Allah (SWT) menegaskan kepada orang beriman bahawa di sisi Allah (SWT) Bilal, Salman dan Ammar adalah lebih mulia dari golongan yang mempersendakan mereka. Allah (SWT) tidak memandang asal keturunan mereka tapi pengorbanan mereka untuk agama-Nya.
Sebab turunnya bahagian “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” dalam ayat ke-11 ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jubayrah ibn Ad-Dahhaak di mana satu ketika Rasulullah (SAW) pernah memanggil seorang sahabat dengan nama yang biasa beliau dipanggil, maka beberapa sahabat yang lain memberitahu Rasulullah (SAW) sebenarnya sahabat yang dipanggil itu tidak berapa menyukai panggilan tersebut. Maka bahagian ayat ini pun diturunkan tidak lama kemudian. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Pengajaran ayat:
Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.
1. Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’ dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub (superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya. Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.
2. Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk mempersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk, ‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam suasana hidup zaman sekarang. Tidak mustahil kalau ianya berjaya dibuang dalam kehidupan sehari-hari maka tidak banyaklah benda yang hendak dicakap atau dituliskan.

Pesanan dan amaran kepada aspirasi kampus UKM,kami sebagai persatuan Mahasiswa FPI secara amnya tidak akan berdiam diri kepada mana-mana pihak yang menghina ciptaan Allah SWT dan melanggar larangan Allah SWT.
Sekali lagi kami menuntut aspirasi untuk memohon maaf secara terbuka kepada Timbalan Presiden Saudara Mohamad Abdullah Mohd Yusoff.

Muhammad Ikram Bin Darus,
Majlis Perwakilan Pelajar FPI
Merangkap Naib Presiden 4 PMUKM

Khamis, 28 April 2011

Teguran Dari Tuhan

Salam perjuangan buatb semua rakan-rakan,sahabat-sahabat serta pengembara blog ini.
Alhamdulillah,pagi ini Allah berikan aku satu kekuatan dan ketumbukan hebat pada minda dan hati ini untuk menggerakkan tangan menyampaikan sedikit ilmu dan "sharing m0ment".
"seusai meeting program 1 Malaysia Leadership and youth training semalam,aku terus keluar disebabkan beberapa desakan dan tekanan.Entah kenapa.Allah,hanya pada-Mu aku berserah.
sempat berjumpa dengan Phang siew Chin yang merupakan Naib Presiden 1 PMUKM yang juga merupakan mahasiswa tahun 3 Fakulti Undang-undang UKM.
Alhamdulillah,Allah masih sayangkan aku.Ketika aku berborak dengan beliau berdekatan dengan curam laluan barang,hampir-hampir aku terjatuh.Sangat mendebarkan dan tergamam.Jika jatuh,apa entah yang akan berlaku pada diriku.Mungkin sekarang dihospital menerima rawatan susulan.

TERIMA KASIH ALLAH,KAU MASIH BERI PELUANG PADAKU



"Ya Allah, jadikanlah diri kami mencintai keimanan dan hiaskanlah iman itu menjadi suatu keindahan dalam hati kami. Jadikanlah diri kami membenci kekufuran, fasiq dan kederhakaan serta jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".

Aku tersentak dan tergamam ketika hampir jatuh dari bangunan atas Pusanika berdekatan tangga menuju kebilik PMUKM.Tidak tahu apa yang boleh dikatakan melainkan hanya ungkapan "ALLAHAKBAR" yang sempat aku ucap.Phang Siew chin yang berada berdekatan aku pada ketika itu pun tergamam melihat aku.Kata-katanya selepas itu seolah dia menggambarkan andai aku jatuh,pasti keadaannya teruk dan parah.
Entah kenapa fikiranku berkecamuk semalam.

Dengan minda positif,aku masih optimis bahawa ini adalah teguran Allah padaku untuk hari semalam.lantas mulutku mengucapkan kalimah toyyibah "Astaghfirullahal 'azeem".
Pasti dan pasti Allah telah menegur hamba-Nya yang sering melakukan kesilapan.
Allahurabbi.diri ini lemah.Dan aku bersyukur kerana Allah masih lagi memberikan aku kekuatan.Semalam pengajaran yang bermakna aku dapat.Terima kasih Tuhan atas teguran itu.

Jumaat, 15 April 2011

Pelbagaikan kemahiran kepimpinan Muda



"Kita tidak boleh berfikir seputar tentang kalangan kita sahaja atau untuk kepentingan kelompok kita sahaja, sebaliknya kita mesti mula belajar berfikir tentang rakyat seluruhnya, berfikir tentang kebajikan bangsa bukan Melayu, memberati kepentingan orang bukan Islam, menjuarai isu-isu bukan agama, prihatin terhadap orang bukan PAS, bahkan mengambil berat persoalan-persoalan antarabangsa juga.



Kita mesti meninjau sama persoalan-persoalan yang lebih besar seperti pentadbiran negara, pengurusan ekonomi awam, perancangan dasar-dasar awam dan sebagainya, yang sedang mendesak kita untuk memiliki kemahiran-kemahiran tambahan. Ahli-ahli Pemuda mesti sentiasa memperdalami ilmu dalam pelbagai bidang, tidak terhenti dengan kemahiran agama yang menjadi fardhu 'ain sahaja, sebaliknya kemahiran keduniaan yang menjadi fardhu kifayah juga dipertingkatkan.



Kita mesti belajar untuk bergerak dalam satu pasukan kepimpinan yang berkesan, bukannya lagi secara individu. Kita sudah berupaya melahirkan murabithun di semua peringkat, tetapi malangnya kebolehan para murabithun untuk menjadi pemikir masih ditahap yang rendah. Kita tertunggu-tunggu pimpinan baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin-pemikir (qiyadah-mufakkir) telah mengakibatkan kelesuan perjuangan kita.



Saya mencadangkan supaya pemimpin-pemimpin Pemuda yang ada supaya memulakan budaya penyelidikan melalui institusi-institusi persendirian. Lebih penting jika boleh mewujudkan pasukan pemikir dan institusi pemikir persendirian yang boleh membantu meningkatkan keupayaan kognitif kita dalam perjuangan. Kita melihat pemimpin-pemimpin besar dunia memiliki beberapa pusat kajian untuk membantu mereka menjadi pemimpin yang baik, dan tiada sebab untuk kita tidak memulakan langkah yang sama demi kecemerlangan gerakan kita.



Sesungguhnya usaha ini bukan sekadar persiapan untuk kita mengambil alih pemerintahan negara, tetapi juga untuk memenuhi keperluan kepemimpinan pada masa depan yang lebih mencabar.



Menjadi pembangkang yang berkesan di negara ini bukan bermaksud membangkang segalanya atau sentiasa ’membuat bising’ untuk menggugat kerajaan yang ada. Tetapi pembangkang yang berkesan ialah apabila kita boleh menjadi pembangkang berwibawa (credible opposition) dan pembangkang taat (loyal opposition), yang bersedia duduk semeja dengan kerajaan untuk kepentingan rakyat dan kita sanggup memberikan konsensus untuk kepentingan negara.



Kini perubahan zaman juga menuntut ulama’ supaya maju beberapa langkah lagi untuk memastikan peranan mereka lebih berkesan dan lebih relevan dalam dunia kontemporari. Ulama’ juga perlu lebih proaktif dalam meneliti fenomena masa kini, menangani kerencaman isu dan masalah moden, serta memimpin perubahan dalam masyarakat masa kini."



- YB Salahudin Ayub, Muktamar Pemuda PAS Pusat, Ogos 2008 -

Khamis, 14 April 2011

Seharian,sedih dan gembira


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada semua sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini.

Alhamdulillah,Allah berikan saya kekuatan untuk terus menulis dalam blog ini.Sejak semalam,saya hanya membuka blog ini.dan tidak terdaya untuk menggerakkan jari dan pena minda untuk menulis sesuatu yang terbuku dihati.Ya,Allah,hanya engkau yang mengetahui betapa sedih dengan permasalahan yang berlaku.

Semalam aku amat sedih.Entah kenapalah.Tetapi hari ini aku kembali ceria walau cerianya ini terpaksa aku cari untuk padamkan semula kesediahn yang berlaku.Tapi tidak menagapa.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku.

Masih banyak kerja yang belum setel.walaupun sekarang dalam fatrah imtihan akhir,dan sudah 3 paper selesai,rasa seperti bukan mood exam seperti yang dirasai mood exam sem lepas.Aduh.!fikiranku berkecamuk memikirkan hal yang belum selesai.Ya Allah bantulah hamba-Mu ini.

Hari ini jadual aku pack walaupun tiada paper hari ini.Pada sebelah pagi aku bergegas ke hentian kajang untuk bertemu pesuruhjaya sumpah.Lepas balik dari hentian kajang,pergi ke kedai motosikal untuk membaiki moto yang merupakan aset utama aku dalam bergerak ke sesuatu tempat.tengahari,aku rasa sangat letih dan smepat untuk rehatkan minda.aku bangun solat zohor dan kembali menjalankan tugas sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM.hmm...Ya Allah..penatnya hanya engkau yang tahu.Pergi membuat temujanji dengan pihak unit penjanaan bendahari UKM pada minggu hadapan.Destinasi akhir terus ke Fakulti kesayanagn aku,iaitu Fakulti Pengajian Islam FPI.Aku ingin berjumpa mentorku iaitu pensyarah di jabatan Al-Quran Al-Sunnah,Dr Wan Nasyaruddin Wan Abdullah.
Dia memang smart bagiku.huh.
Ingin bincangkan tajuk kajian ilmiah yang belum mendapat ilham.
Membuat perbincangan dalam kereta beliau sambil bergerak ke kedai bakeri dekat Pusanika UKM untuk menikmati roti Fish figo dan air milo ais.mentorku pula minum kopi radix.Huhu....
Ustaz bertanya pada aku "Ikram,apa yang ikram nak buat pasal tajuk tesis?"terpinga aku mendengar persoalan itu dan tidak tahu apakah tajuk yang sesuai.
Mula sekali aku mencadangkan untuk membuat berkaitan dengan ekonomi.pada mulanya memikirkan untuk memilih tajuk kajian ilmiah tentang pemakanan sunnah dalam melahirkan golongan generasi ulul albab.Rasa seperti kurang sahaja bahan.Nak tukar tajuk kajian ilmiah.



Sebelum aku berjumpa mentor dibiliknya,aku menapat satu kad walimatul urus seorang kakak dari fakulti Pendidikan.Terfikir aku masa itu,jika aku buat berkenaan pendidikan seks pun bagus jugak.Aku cadangkan pada ustaz aku ingin buat tentang strategi pengajaran pendidikan seks.dan ustaz menambah,bagus jugak tuh dan menambah baikkan tajuk,strategi pengajaran pendidikan seks di zaman rasulullah.
Usta menghurai serba sedikit berkenaan pendidikan seks dan boleh dikupas dalam konteks yang sangat luas....

Alahmdulillah.Syukur pada mu ya Allah.dapat juag aku menetapkan tajuk cadangan untuk kajian ilmiah.
dan sempat juga ustaz memberitahu pasal pemilihan pasangan yang juga merupakan sebahagian daripada item dalam pendidikan seks.Sangat menarik ualasam ustaz dan aku termotivasi.Fikiranku kembali tenang dan okay tanpa memikirkan masalah yang berlaku..
Alahmdulillah...
Maaflah pada mereka yang terlibat,aku terpaksa luahkan kesediahn ini di blog kesayangan aku ni.harap faham......
santai je penulisan aku kali ni.......
jumpa di post akan datang.........

Selasa, 12 April 2011

Kelulusan Manifesto: Syukur Ya`Allah


UKM, 12 April - Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakluti Pengajian Islam Tahun 1 dan 2 ( MPM FPI 1 dan 2) merangkap Naib Presiden 4 PMUKM Saudara Muhammad Ikram Bin Darus telah menerima satu surat daripada kedekanan FPI. Surat tersebut merupakan surat kelulusan permohonan bilik khas mesin fotostat dan tempat khas water cooler di FPI seperti yang dijanjikan beliau dalam manifesto pilihanraya kampus lalu.

Surat tersebut memberitahu bahawa Mesyuarat Pengurusan Fakluti Pengajian Islam Yang ke-266 pada 1 April 2011 telah membuat keputusan iaitu:

1. Bilik Fotostat
Fakulti bersetuju memberi ruang khas di tangga paras bawah Fakulti Pengajian Islam bersebelahan dengan Singgahan Ilmu sebagai ruang kemudahan mesin fotostat dan pusat perkhidmatan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Islam.Walau bagaimanapun keputusan ini tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan bendahari UKM dan Jabatan Pengurusan Pembangunan. Mesin fotostat akan disedia dan diuruskan oleh pihak pelajar.

2. Perkhidmatan watercooler
Fakulti telah bersetuju perkhidmatan water cooler disediakan di paras bawah bangunan Fakluti Pengajian Islam.Fakluti telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pengurusan Pembangunan untuk membekalkan kemudahan perkhidmatan berkenaan.



Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa FPI juga akan bertindak secepat mungkin untuk memastikan kemudahan pelajar seperti yang dinyatakan diatas dapat disegerakan.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kedekanan FPI yang telah meluluskan permohonan manifesto saya dan saya akan cuba sedaya upaya bersama-sama pihak pentadbiran FPI untuk terus mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa untuk memastikan kemudahan mesin fotostat dan juga watercooler disegerakan demi mahasiswa Fakulti Pengajian Islam. Saya juga berharap,seluruh mahasiswa Fakulti Pengajian Islam akan sabar untuk kemudahan tersebut kerana ia memerlukan proses yang banyak. Saya faham keadaan anda kerana saya juga turut mengalaminya. Saya mengajak semua mahasiswa FPI memberi sokongan pada saya dalam melaksanakannya."-Saudara Muhammad Ikram BIn Darus.

Dengan adanya kelulusan tersebut, saudara Muhammad Ikram menarik lafas lega dan alhamdulillah kerana masalah kekurangan kemudahan di FPI dipedulikan oleh pihak pentadbiran FPI.



BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI
sumber:http://pm-ukm.blogspot.com/2011/04/fpi-lulus-manifesto-mpm-ikram.html

Sabtu, 9 April 2011

Cinta kita cinta Perjuangan




Cinta kita CINTA PERJUANGAN..Cinta… apakah itu cinta? Cintakan Allah… cintakan manusia.. cintakan dunia..
cintakan akhirat.. cintakan lelaki.. cintakan wanita… adakah semuanya membawa
ke syurga…?Sebuah cerpen yang begitu bermakna buat diri saya..

Cinta Kita... Cinta Perjuangan

“Enti menangis..?”

“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana
manusia.”

“Habis, mata enti berair?”

“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku
tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku
sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang
berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

“Ana tahu enti menangis..”

“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.

“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak
besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak
pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh
tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat
dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”

“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”

“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa
sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”

“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana,
atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang
dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa
apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku
tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan
mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak.
Aii.. ada juga yang berani rupanya.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW
berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang
terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas
rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak
di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula
komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan
Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku
ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan
Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.

“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin
menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa
selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan
pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti
dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan
menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”

“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi
ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah
ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia
menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima
sendirian.……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di
dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku.
Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu
berani menongkah pendapatku di tengah khalayak.

Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini
nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku
berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah
kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia
terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah
bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”

“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah
belum puas lagi menyindir nampaknya.

“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.

“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia.
Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan
kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang
kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”

“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis.
Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum
pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak
suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba
menceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi
masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku
menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan
satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu
yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau
mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh
gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan
mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”“Sama macam kau, memperjuangkan Islam!
Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah
mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita
bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau
jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian
peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di
Palestin!

“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada
jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan
bonus untuk Abdullah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau
kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya
kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di
bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di
dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah
sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang
sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang
dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan
ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku
termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran
perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah,
adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang
ana miliki.

“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia
merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi
ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana
yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari
mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.“Ustaz tidak
main-mainkan ana?”

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan
orang lain.”

“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian
telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku
memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di
telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih
mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’
ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku.
Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku
merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan
juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada
perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus
kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku
harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa
yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini
masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu,
aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web
Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web
menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila
inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang
kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau
tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah
diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan
Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat
Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap
sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang
terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau
perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas

“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga.
Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap
gelita!

*Sumber: nisa' kuantan.