Khamis, 26 Februari 2009

"KHAIRU UMMAH KE KITA??.......

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia,kamu menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah SWT"

(Surah Ali Imran:110)

Alahamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT,kerana dalam keadaan yang serba ok ni,Allah bagi kekuatan kepada diri penulis untuk meluangkan sedikit masa menyampaikan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama para pengembara blog ini...

Penulis ada terbaca satu ruangan artikel yang menerangkan tentang maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110.Dalam ayat tersebut Allah menerangkankan kepada kita bahawa kita ini adalah umat yang terbaik,iaitu menjalankan Amar Makruf Nahi Munkar dan kita beriman dengan Allah SWT...

Apa yang menjadi persoalan dalam diri penulis dalam post ini ialah,Adakah kita ini merupakan umat yang terbaik sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran...???
Saidina Umar Al Khattab pernah berkata dalam satu Khutbahnya pada musim haji: "sesiapa yang suka digolongkan dalam dalam golonngan umat yang terbaik ini,maka tunaikanlah syarat Allah yang disebut dalam ayat diatas..
Apa syarat Allah SWT dalam ayat tersebut,,"

1. Melakukan Amar Makruf dan mencegah kemungkaran

2. Beriman dengan Allah SWT..

Dalam tafsir Qurtubi,iaitu Imam AL Qurtubi menjelaskan:,perkataan "KHAIRU UMMAH" adalah sebagai penghargaan kepada umat islam sebagai tugas yang dilaksanakan iaitu mengajak kepada perkara kebaikan dan cegah kejahatan dan pada masa yang sama perlu beriman dengan Allah SWTSekiranya mereka meninggalkan syarat yang disyaratkan oleh Allah,dan mereka juga menjadi seperti orang yang yang tidak ketahuan dalam soal agama,dengan itu mereka dikeji dan dimurkai oleh Allah SWT".
Kita lihat sahaja hari ini,dibandar,kampung sama sahaja...remaja hari ini LINTANG PUKANG dibuatnya..ibu bapa pun lebih kurang sahaja...mat2 rempit teralu asyik dengan motonya...Apa sudah jadi sebenarnya ni.....???...DUNIA HAMPIR KIAMAT????
Memang dunia hampir kiamat...inilah budaya orang putih yang dibawa masuk dalam budaya kita hari ini..sampai belajar sains dan matematik pun nak dalam bahasa orang putih jugak.....

Yang banyak menjadi masalah sekarang ni adalah remaja iaitu golongan muda...macam2 puak yang ada yang boleh kita lihat hari ini dengan punk,skinhead,pengkid,dan sebagainya...patutkah Allah menghargai kita sebagai umat yang terbaik,jikalau ini yang berlaku dan terus berlaku...Jom la pakat2 kita muhasabah balik,apa peranan kita,dan apa yang perlu kita buat dalam memulihkan kembali keadaan ini...JIka kita Ummah yang terbaik sepertimana yang disebut dalam Al-Quran,buktikan.....marilah kita suburkankan kembali kehidupan kita dengan islam yang syumul,Martabatkan kembali apa yang DI ajarkan dalam Al Quran dan Sunnah moga2 kita benar2 menjadi KHAIRU UMMAH.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan