Sabtu, 22 Ogos 2009

Ramadhan Yang sama natijahnya berbeza....Ahlan Ya Ramadhan!!

Alhamdulillah marilah kita rafa`kan kesyukuran kita kerana kita telah memasuki Bulan Tarbiyah iaitu Bulan Ramadhan.Apabila tiba Ramadhan kita selalu mendengar lagu yang didendangkan oleh Man Bai iaitu harapan Ramadhan "ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna...." itulah sepotong lirik lagu bila dihayati,maka akan timbul satu keazaman dalam diri kita bagi umat Islam bahawa Ramadhan pada kali ini bakal memberi satu natijah ynag berbeza daripada tahun lepas..

Pengertian puasa.
Puasa adalah satu tuntutan daripada Allah SWT kepada orang-orang beriman seperti mana firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183, "wahai orang-orang beriman,dituntut keatas kamu berpuasa sepertimana telah kami perinta
hkan kepada orang-orang terdahulu(nabi-nabi dan para sahabat) supaya kamu bertaqwa.

Puasa pada pengertian zahir adalah menahan diri daripada makan dan minum manakala pada sudut yang benar adalah puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga ,malah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa.pendek kata menahan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.

Fasa Keampunan.

Kita perlu sedar bahawa kita sudah berada dalam bulan yang di berkati iaitu Ramadhan Al Mubarak dan kita juga perlu sedar bahawa fasa pertama dalam bulan Ramadhan iaitu sepuluh hari pertama adalah fasa pengampunan dosa daripada Allah SWT.Ingin dijelaskan lagi bahawa,bukan fasa pengampunan sahaja kita memohon keampunan kepada Allah SWT,malah sepanjang bulan ramadhan ini kita memohon keampunan kepada Allah SWt...InsyaAllah allah SWT itu maha pengampun.......

Perbanyakkan Amalan....
Persoalan yang timbul,apakah kita inginkan Ramadhan kali ini sama seperti bulan biasa?dan apakah kita tidak ada perasaan bersalah dan banyaknya dosa kita pada masa yang lepas?tepuk dada tanya iman....Ramadhan yang dirai,ramadhan yang diberkati...dalam kita meraikan bulan ramadhan ini,maka perlulah kita raikan ramadhan kali ini dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT...tidak adil bagi mereka yang melebihkan sambutan kemerdekaan lebih daripada sambutan ramadhan sehingga mengabaikan ramadhan....Perlu difahami disini bahawa tiada sambutan yang lebih penting melainkan sambutan yang di anjurkan Islam....dan sambutan ini kita raikan dengan memperbanyakkan membaca Al Quran,solat sunat malam,solat sunat tarawih,berzikir dan apa2 perkara yang boleh "top up"pahala kita....

Moga Ramadhan kali ini bakal memberi seribu makna dan kita bakal mendapat natijah yang baik,dan natijah tersebut mampu memperbaiki diri kita pad masa akan datang.....salam Ramadhan.............


Tiada ulasan:

Catat Ulasan