Ahad, 15 Mac 2009

Hidup tidak selalunya Indah.....






"Hidup tidak selalunya indah,langit tak selalu cerah,suram malam tak berbintang,begitu aturan Tuhan...."

penulis teringat akan senikata lagu di atas yang selalu dinyanyikan oleh kumpulan hijjaz.....apa yang akan dikongsi penulis bersama pembaca semua adalah mengenai kehidupan kita sebagai hamba Allah yang di kurniakan segala nikmat yang
cukup dan sempurna....sebenarnya kita adalah manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...kadang2,hidup kita ini indah...kadang2 hidup kita ini ada masalah....pendek kata,dalam kehidupan ini manusia tidak terlepas daripada dua perkara tersebut...beruntunglah bagi sesiapa yang mendapat kebaikan dan kurang beruntunglah bagi sesiapa yang tidak mendapat kebaikan....

Tetapi,kita perlu ingat antara sifat Allah ialah suka menguji...manusia ini tidak terlepas dari ujian Allah samada ujian itu dalam keadaan senang ataupun susah....Yang penting,kita perlu sentiasa bersyukur samada dalam keadaan senang ataupun susah...


Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:
"dan sesiapa yang bersyukur dengan nikmatku maka aku akan tambahkan nikmat mereka itu dan sesiapa yang kufur(tidak bersyukur),maka azabku amat pedih"


Disini kita dapat lihat bahawa Allah amat suka kepada mereka yang tahu berterima kasih dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan Allah amat murka kepada mereka yang tidak tahu mensyukuri nikmat-Nya....
Mereka yang tidak tahu bersyukur adalah mereka yang kufur nikmat Allah SWT...

Hidup ini akan indah jika disulami dengan IMAN dan TAQWA.......dan kita perlu ingat,hidup ini ibarat roda....kadang2 di atas dan kadang kita dibawah.....hanya orang yang tahu menilai serta menghayatai erti kehidupan dengan iman dan taqwa,mampu bertahan dengan ujian Allah SWT serta tidak leka dengan kehidupan dunia...
Kita perlu sentiasa berdoa agar kita sentiasa berada dalam Redha Allah SWT






3 ulasan:

  1. Terima kasih atas info yg amat berguna. ;)

    BalasPadam
  2. jazakallah atas pesanan ni... kdg2 manusia tak sedar setiap ujian yg diberikan ni ada hikmah disebaliknya,& utk setiap ujian yg b'jya dilepasinya, Allah akan meningkatkan darjat orang tersebut...

    asif, pnjg pulak komen ni...

    BalasPadam